30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malam Satu Rejab Jadi Saksi, Haqiem Stopa ‘Berjuang’ Doa Rumah Tangga Dengan Aireena Sofia 

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa mengakui reda jika pengakhiran bersama isteri, Aireena Sofia perlu berpisah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haqiem Stopa Mohon Tiada Campur Tangan Orang Ketiga – ‘Saya Duduk Sendiri, Tak Berjumpa Orang’

    Artikel Berkaitan: Kakak Undur Diri, Berang Haqiem Stopa Larang Masuk Campur – ‘Anggap Saja Aku Dah Mati’

    Reda jika perlu berpisah

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Haqiem memaklumkan telah berjuang pada tarikh satu Rejab yang merupakan malam mustajab bagi segala doa yang dipinta.

    Aku sudah bertarung habis-habis di 1 Rejab untuk kita puan.

    Jika sudah dilangitkan dan Allah makbulkan, Alhamdulillah itu adalah hal paling bermakna dalam hidup aku.

    Jika sebaliknya yang berlaku, maka aku bersedia undur diri dan menghadapi segala ombak besar yang bakal menghentam nakhoda yang hampir karam.

    Doa netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata semangat agar hubungan rumah tangga Haqiem dan isteri dapat diselamatkan.

    MENARIK:  Hot FM Terima Anugerah ‘Gold’ Media Networks Di Putra Aria Brands Awards 2024

    Terdahulu, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, tidak bersetuju untuk dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu.

    Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.

    Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

    Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.

    Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.

    Sumber: TikTok @haqiemstopa

    The post Malam Satu Rejab Jadi Saksi, Haqiem Stopa ‘Berjuang’ Doa Rumah Tangga Dengan Aireena Sofia  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah