29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mahkamah Putuskan Kami Sah Bercerai, Tidak Akan Dirujuk’ – Idzham Ismail

    Shopee Sale



    Pelakon Idzham Ismail memberitahu dia dan isteri, Siti Nur Abilah Shamsudin sudah bercerai. Berita tersebut dikongsikan oleh Idzham sendiri menerusi akaun Instagram Story miliknya.

    Tidak akan rujuk

    Menurut Idzham, mahkamah telah memutuskan bahawa mereka sah bercerai. Tambah pelakon drama ‘Kifarah’ ini, mereka tidak akan rujuk. Idzham juga dilihat memberi pesanan ringkas di posting yang dimuat naik. Pesanan ringkas tersebut berbunyi ‘pesan saya, Allah ada, jawab dengan Allah untuk segalanya dibuat’.

    Inara Idrus, its u and me vs the world from now on ok. Kita hidup kerana Allah, lupa Allah tengok lah apa yang jadi.

    Sebelum ini, Idzham seakan memberi bayangan bahawa rumah tangganya sedang dilanda masalah. Bukan itu sahaja, Idzham turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang. Meskipun tidak mahu mengulas lebih lanjut, bapa kepada dua orang cahaya mata ini hanya berkata ‘semuanya dalam proses’.

    MENARIK:  [VIDEO] Syafiq Kyle Gembira Aedy Ashraf Menang ABPBH36, Tiada Istilah Rampas Trofi Aktor Filem Popular – ‘Ini Semua Rezeki’

    Allah ada

    Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah