24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahalini: Rizky dan Saya Memiliki Banyak Persamaan, Termasuk Kehilangan Ibu

    Shopee Sale



    Pelantun suara ‘Sial’ iaitu Mahalini Raharja memberitahu dia pernah terfikir untuk tidak berkahwin kerana merasakan ia bukan satu keperluan.

    Bukan senang rapat dengan orang

    Menerusi podcast bersama Deddy Corbuzier dan Vidi Aldiano di YouTube, Mahalini berkata, perkahwinan bukan perkara penting dalam hidupnya. Ini kerana, dia pernah diajar oleh mendiang ibunya untuk berdikari dan tidak mengharapkan bantuan daripada sesiapa.

    Ibu selalu menekankan tentang hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Sebab itu saya pernah terfikir tidak mahu berkahwin dan hidup membujang.

    Tambah Mahalini, selepas ibunya meninggal dunia, dia mula rasa kesunyian selain hatinya menjadi kosong sehinggalah dia bertemu dengan Rizky Febian.

    Selepas ibu meninggal dunia hidup saya rasa kosong sehinggalah saya bertemu Rizky. Saya sebenarnya bukan senang rapat dengan orang tetapi kami mempunyai banyak persamaan. Apatah lagi Rizky juga sudah tidak mempunyai ibu seperti saya.

    Bukan itu sahaja, sikap Rizky yang rapat dengan keluarga membuatkan Mahalini jatuh cinta dan yakin penyanyi itu dapat menjadi suami dan bapa yang baik buat anak-anaknya nanti.

    MENARIK:  Anticipated Final Episode of 'Lelaki Itu' Expected to Garner Over 4 Million Viewers as Heat Intensifies

    Video

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah