Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 48 kilogram, usahawan, Madam Mariyah mendedahkan dirinya sudah dua tahun tidak makan nasi.
Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Dilamar Berlakon Filem, Tak Mahu Watak Bela Anak Ikan – ‘Kalau Datin Okay’
Tak sentuh nasi

Mariyah atau nama lengkap Mariyah Yaakob, 50, memberitahu, dia hanya menikmati sepinggan salad dan secawan kopi keluarannya setiap hari.
Bukan nak tipu, tetapi ini adalah kenyataan. Saya sudah dua tahun tidak makan nasi. Setiap hari saya hanya akan makan salad dan minum kopi Che’ Lims. Setiap hari itu lah hidangan saya. Kadang-kadang saya makan kek.
Dalam tempoh dua tahun itu, saya berjaya turunkan berat sekitar 48 kilogram. Berat saya sebelum ini adalah 98 kilogram, sekarang 50 kilogram. Saya juga sedang berusaha untuk turunkan lagi 2 kilogram.
Mariyah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis santai bersama media di ibu kota, baru-baru ini.
Tambah Mariyah, dia lebih selesa menurunkan berat badan secara semula jadi berbanding menggunakan jalan pintas seperti melakukan pembedahan bariatrik atau potong usus.
Kalau orang itu umur 25 atau 30 tahun dapat berat 48 kilogram itu normal, tetapi kalau umur 50 macam saya dengan berat badan sekitar 48 kilogram itu luar biasa.
Ada juga yang tanya saya kurus sebab buat bariatrik ke? Jawapannya sama sekali tidak, saya tidak percaya dengan perkara itu. Berat badan saya turun secara semula jadi. Hanya dengan minum kopi Che’ Lims.
Dalam pada itu, Mariyah turut teruja mengumumkan kopi Che’ Lims bakal muncul dengan wajah baharu sebagai simbolik kepada kehidupannya yang kini melalui fasa seorang ibu tunggal.
Jamil dah tinggalkan Jamilah, jadi Jamilah perlu bangkit. Begitu lah perumpaannya. Saya sekarang mulakan kehidupan baharu sebagai ibu tunggal.
Jadi kopi saya juga perlu berwajah baharu sebagai simbolik kehidupan saya yang baharu. Kenapa perlu bersedih kalau kena tinggal, sebagai perempuan saya tidak rugi apa pun. Perlu bangkit dan teruskan hidup.
Kopi ini juga berjaya terjual sebanyak 500,000 sachet sejak Ogos lalu. Permintaan memang meledak dan mendunia. Wajah baharu ini juga sempena sijil halal yang kami akan terima.
Feedback pelanggan juga sangat positif. Kopi ini juga berjaya tembus pasaran luar negara.
The post Madam Mariyah Dah Dua Tahun Tak Sentuh Nasi – ‘Hanya Makan Salad & Minum Kopi Setiap Hari’ first appeared on OHBULAN!.





