Usahawan Ojen Aiwah, baru-baru ini meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang melabel dirinya sebagai lelaki ‘lembut’.
Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Jawab Dakwaan Guna Kanser Ibu Raih Simpati Orang Ramai
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwah Berimej Baru, Ibu Menangis Bantu Potong Rambut – ‘Allah Akan Jaga Sebab Awak Anak Soleh
‘Maafkan aku’

Isu tersebut bermula selepas pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming, memuat naik foto pertemuan beberapa usahawan di restoran miliknya Rembayung.
Namun, seorang pempengaruh media sosial iaitu Tareq Fit mempersoalkan mengapa ramai lelaki dalam foto tersebut kelihatan ‘lembut’.
Terkesan dengan komen tersebut, Ojen atau nama lengkapnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli menerusi hantaran di Threads tampil memberikan respon.
Jelasnya, dia sendiri tertanya-tanya mengapa sifat lembut itu dianggap sebagai satu kesalahan besar di mata masyarakat.
Bila baca komen ni, Benda pertama dalam otak aku adalah kenapa dengan lembut? Kalau jadi lelaki lembut itu satu kesalahan aku mintak maaf tau.
Tegas Ojen, dia tidak mampu untuk mengubah jati dirinya semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.
Aku sampai minta maaf dengan mak aku sebab anak lelaki dia tak sama macam orang lain. Maafkan aku sebab aku bukan jantan sejati macam orang lain.
Aku tak boleh nak jadi apa yang orang lain nak aku jadi, Aku mintak maaf tau.
Sumber: Threads Ojen Aiwah
The post ‘Maafkan Aku Sebab Aku Bukan Jantan Sejati Macam Orang Lain’ – Ojen Aiwah first appeared on OHBULAN!.





