32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Luna Maya Kahwin Pada Usia 42 Tahun, Jadi Saya Masih Lagi Ada Harapan’ – Farahdhiya

    Shopee Sale



    Farahdhiya

    Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya menganggap belum terlambat untuknya mendirikan rumah tangga selepas menyaksikan aktres terkenal Indonesia, Luna Maya menamatkan zaman bujang pada usia 42 tahun.

    ‘Masih ada harapan’

    Farahdhiya

    Menerusi hantaran di Instagram, Farahdhiya atau nama lengkap Farah Dhiya Mohamed Amin, berkata, dirinya masih mempunyai harapan untuk berkahwin meskipun usianya kini sudah 41 tahun.

    Ternampak Luna Maya kahwin pada usia 42 tahun, jadi saya masih lagi ada harapan la kan (untuk kahwin). Ke saya kena cari yang muda?

    Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran di Instagram Story, pelantun lagu ‘Bertakhta Di Hati’ berkongsi pandangan seorang individu yang mengatakan cinta akan datang tepat pada waktunya.

    Pernikahan Luna Maya bukan cerita tentang lambat, tetapi tentang tepat. Setelah melewati banyak fasa hidup, ini tentang akhirnya menikah saat hatinya tenang, bukan tergesa.

    Ini relevan buat siapa pun yang percaya bahawa kebahagiaan akan datang di waktu yang paling jujur, bukan paling cepat.

    Pada Rabu, Luna, 42, selamat bernikah dengan aktor, Maxime Bouttier selepas hampir tiga tahun menyulam cinta.

    MENARIK:  Kopitiam ‘Geng Bijak Berbajet’ Satukan Empat Generasi Bijak Berbelanja

    Pelakon filem Suzana itu menerima mas kahwin 7.5 gram logam mulia dan 2,025 Dolar Amerika Syarikat (AS$2025) bersamaan RM8,600 yang dibayar secara tunai.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah