30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lufya Omar ‘Tarik Diri’ Tuntut Nafkah Anak – ‘Memalukan Terus Bergaduh Tentang Perkara Itu’ 

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan dirinya telah menarik semula tuntutan nafkah anak yang difailkan terhadap bekas suami, Dr. Che Hafiz,

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sebab Sibuk, Ibu Bapa Bagi Telefon Bimbit Tanpa Kawal Anak’ – Lufya Omar 

    Tarik tuntutan nafkah

    Lufya atau nama lengkap Lutfyah Sheikh Omar, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana enggan terus memalukan diri sendiri susulan isu berkenaan yang dilihat tidak menemui penyelesaian.

    Saya menarik diri daripada tuntutan nafkah anak kerana terlalu memalukan untuk terus bergaduh tentang perkara itu.

    Lufya berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story berserta foto dirinya bersama peguam di hadapan mahkamah.

    Dalam masa sama, Lufya mengakui dirinya sudah penat berjuang sendirian sehingga memilih untuk ‘melepaskan’ tanggungjawab berkenaan daripada bekas suami.

    Tetapi satu perkara, fikirkanlah sedalamnya ketika awak berkata tidak mampu dan sanggup ‘berperang’ dengan saya habis-habisan.

    Tidak mengapa, saya sudah cukup bahagia untuk ‘melepaskan’ awak daripada tanggungjawab itu (nafkah).

    Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada seseorang yang berhutang besar dengan saya di akhirat nanti. Semoga ibumu ini masuk syurga, Laana Haura kerana berjuang sendiri.

    Untuk rekod, Lufya dan Dr. Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.

    MENARIK:  Elvina Mohamad Saksi Insiden Kanak-Kanak Tersepit Eskalator, Titip Pesanan Buat Ibu Bapa

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, yang kini berusia tujuh tahun. 

    Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

    Sumber: Instagram

    The post Lufya Omar ‘Tarik Diri’ Tuntut Nafkah Anak – ‘Memalukan Terus Bergaduh Tentang Perkara Itu’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah