29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Leona Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman – ‘Jangan Anggap Kami Ada Pertalian Darah, Kami Akan Ada Pandangan Sama’

    Shopee Sale



    leona azhar

    Personaliti media sosial dan juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menyuarakan tentang pendiriannya terhadap isu perperangan antara Palestin dan Israel.

    Tidak berkongsi pandangan yang sama

    leona azhar

    Menerusi ciapan di platform X, Leona yang pernah mengunjungi ke negara bergolak tersebut yakin bahawa kekejaman yang dilakukan terhadap saudara Islam di sana telah lama berlaku.

    Sebagai seseorang yang pernah melawat Palestin dan melihat keadaan di sana dengan mata kepala sendiri, saya amat menyedari kekejaman yang dilakukan Israel dan mengakui bahawa pembunuhan beramai-ramai itu telah bermula sebelum 7 Oktober lagi.

    Justeru itu, gadis berusia 22 tahun ini menegaskan bahawa dia dan bapanya tidak berkongsi pandangan yang sama dan berharap orang ramai tidak menyamakan mereka meskipun ada pertalian darah.

    Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendirian saya dan saya sangat menentang Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.

    Saya tidak mempunyai pendapat yang sama dengan ayah saya dan gagal memahami cara dia berfikir.

    Jadi, jangan menganggap hanya kerana kami mempunyai pertalian darah, kami akan ada pandangan yang sama.

    Terdahulu, Azhar dikecam teruk selepas meluahkan pendapat bahawa selebriti tanah air yang lantang bersuara mengenai isu boikot sewajarnya berpindah ke Gaza dan membantu mereka yang sedang berperang di sana.

    MENARIK:  ‘Pukul 1 Babak Nangis, Pukul 2 Bunuh & Pukul 3 Ketawa’ – Sarimah Ibrahim Kongsi Realiti Di Set Penggambaran

    Menurutnya, mereka juga tidak perlu melakukan gerakan boikot sekiranya masih berada di Malaysia dalam keadaan gembira.

    Bagaimanapun, tinjauan mendapati aktor berusia 52 tahun itu telah bertindak memadam hantaran berkenaan setelah dihujani kecaman.

    Untuk info, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin. Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah