Seorang lelaki yang didakwa membunuh rakannya kini telah dibawa ke hospital sakit jiwa untuk pemeriksaan kesihatan mental.
Makan daging, kaki mangsa

Suspek yang dikenali sebagai Boni Suhendra berusia 34 tahun itu didakwa membunuh dan memotong mayat rakannya kepada bebeapa bahagian. Lebih mengejutkan, suspek turut menggoreng dan menikmati daging serta kaki mangsa.
Difahamkan, suspek melakukan perbuatan kejam itu pada Mac 2023 dalam sebuah bilik di Kafe Karisma di Sumatera Barat. Bagaimanapun, mayat mangsa yang disimen dalam tab mandi hanya ditemui dua tahun kemudian iaitu pada 5 April lalu.
Kes ini terbongkar apabila pemilik bangunan ingin melakukan kerja pengubahsuaian.
Selepas melakukan pembunuhan, memotong mayat, dan memakan daging mangsa, suspek menjalani kehidupan seperti biasa. Keadaan itu berlarutan hampir dua tahun sehingga mayat mangsa akhirnya ditemukan dalam keadaan dipotong.
Suspek mengaku bahawa dia memakan daging mangsa kerana terdapat serpihan daging yang tertinggal ketika cuba menghapuskan bukti jenayahnya.
Menurut sumber, pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada masalah peribadi dimana suspek dikatakan berang kerana mangsa tidak meminjamkan wang kepadanya.
Suspek kini ditahan reman dan disiasat di bawah kesalahan membunuh serta mencemarkan mayat yang memperuntukkan hukuman penjara atau mati.
Sumber: Kumparan
The post Lelaki Mengaku Goreng & Makan Daging Kaki Kawan first appeared on OHBULAN!.





