27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Kongsi Pengalaman Roomate Bawa Kekasih Bersalin Dalam Bilik- ‘Nak Siapkan FYP, Jaga Bayi Kembar’

    Shopee Sale

    Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman yang tidak akan dilupakan ketika menuntut di sebuah universiti sehingga mengundang perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Disebabkkan Abang Ini, Isteri Saya Selamat Bersalin’ – Penunggang Motosikal Bantu Buka Laluan Dari Rembau Ke Hospital Seremban

    Gf kawan bersalin

    Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan mendakwa rakan sebiliknya pernah membawa teman wanitanya melahirkan anak di dalam bilik mereka.

    Katanya, situasi itu sangat mencabar kerana dia bukan sahaja perlu menumpukan perhatian terhadap pengajiannya, tetapi terpaksa membantu menguruskan pasangan terbabit dan bayi kembar mereka.

    Roomate saya bawa kekasih dia beranak dalam bilik kami. Kembar pula itu anaknya. Aku dengan nak siapkan FYP (Final Year Project), nak tolong jaga bayi mereka lagi, jaga kekasih dia sebulan.

    Bagaimanapun, dia bersyukur kerana pasangan berkenaan akhirnya bernikah secara sah serta mendaftarkan perkahwinan mereka.

    Mereka sah dah daftar pernikahan. Tahun depan anak kembar itu akan bersekolah.

    Tambah individu tersebut, pengalaman itu menjadi pengajaran besar buat dirinya sehingga membuatkan dia trauma untuk tinggal sebilik dengan lelaki selepas kejadian berkenaan.

    Itu kali terakhir aku roomate dengan lelaki. Memang serik seumur hidup.

    Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan pengalaman dilaluinya, selain ada yang berseloroh mengatakan kisah tersebut lebih dramatik daripada jalan cerita drama televisyen.

    MENARIK:  Bell Ngasri Akui Gelabah Bakal Disaman, Lega Rosyam Nor Tahu Situasi Sebenar – ‘Saya Ini Penakut Sikit’

    Sumber: Threads

    The post Lelaki Kongsi Pengalaman Roomate Bawa Kekasih Bersalin Dalam Bilik- ‘Nak Siapkan FYP, Jaga Bayi Kembar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah