29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Rakan Sekelas Tengku Ampuan Pahang – ‘Dalam Perjalanan Rasmikan Program, Tuanku Tetap Akan Baca Buku Dalam Kereta’

    Shopee Sale

    Seorang individu berkongsi pengalamannya menjadi rakan sekelas kepada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

    Artikel Berkaitan: Maryam Younaree Teruja Tengku Ampuan Pahang Tinggal Komen Di Video, Suruh ‘Check’ Bahan Makanan Ada Alkohol Tak?

    Artikel Berkaitan: Tengku Ampuan Pahang Ziarah Pusara Akiko

    Rakan sekelas

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Fikri itu memuat naik foto dirinya bersama Tengku Ampuan Pahang dan berkongsi bahawa mereka ialah rakan sekelas di salah sebuah institut pengajian tinggi.

    Saya mendaftar semester ini untuk peringat master dan Tuanku Ampuan Pahang ialah rakan sekelas saya.

    Ini merupakan semester terakhir dan Tuanku akan meneruskan pengajian di peringat doktor falsafah pula (PhD).

    Dalam masa yang sama, Fikri juga mengagumi keperibadian Baginda yang sentiasa merendah diri, malah hanya menggunakan kata ganti diri ‘saya’.

    Tuanku sangat merakyat, Tuanku tidak formalisasikan diri sebagai ‘beta’ tapi menggunakan ganti diri ‘saya’.

    Jadi saya pun menggunakan, ‘saya-Tuanku’.

    Bukan itu sahaja, Fikri juga mendedahkan Tengku Ampuan Pahang merupakan seorang pelajar yang rajin dan tekun menelaah ilmu.

    Tuanku sangat komited untuk belajar, tahap kebolehan (aptitud) yang luar biasa.

    Walaupun dalam perjalanan untuk merasmikan program pun, Tuanku akan membaca buku di dalam kereta.

    Lagipun, Tuanku mengambil satu kelas untuk satu semester, jadi Tuanku boleh fokus dan memberi komitmen sepenuhnya pada satu subjek dalam satu masa.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Fikri sebagai seorang yang sangat bertuah kerana berpeluang menimba ilmu bersama kerabat diraja.

    MENARIK:  ‘Ulul Azmi Bukan Sekadar Lagu Nasyid, Ia Juga Sebuah Perjalanan Rohani & Emosi’

    Sumber: Threads

    The post Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Rakan Sekelas Tengku Ampuan Pahang – ‘Dalam Perjalanan Rasmikan Program, Tuanku Tetap Akan Baca Buku Dalam Kereta’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah