24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Dipercayai Teman Istimewa Tiz Zaqyah Mohon Doa Orang Ramai – ‘Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan’

    Shopee Sale

    Seorang individu yang dipercayai kekasih kepada pelakon Tiz Zaqyah telah mendedahkan identitinya kepada umum sekaligus mengesahkan hubungan mereka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiz Zaqyah Rancang Kahwin Tahun Depan, Kenalan Sejak Kecil Jadi Pilihan Hati – ‘Bila Tiba Masanya Saya Buat Pengumuman Rasmi’ 

    Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Alami Gastrik & Keracunan Makanan – ‘Rasa Macam Tak Ada Harapan..Punya Sakit’

    Kekasih Tiz Zaqyah?

    Menerusi perkongsian di Threads, individu yang dikenali sebagai Nas Amer itu memuat naik beberapa keping foto dirinya bersama aktres jelita tersebut.

    Nas Amer juga menulis kapsyen ringkas dengan memohon orang ramai supaya memanjatkan doa agar urusan mereka dipermudahkan.

    Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

    Doa semua

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menghujani hantaran tersebut dengan ucapan tahniah.

    MENARIK:  [VIDEO] Sophia Albarakbah Simbah Air Pada Uqasha Senrose, Penonton Puas Hati Tonton ‘Bisik Asmara’

    Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar pasangan itu bahagia selama-lamanya.

    Terdahulu, Tiz memaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan bersama pilihan hati.

    Menurut Tiz, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan tetapi belum menetapkan sebarang tarikh.

    Difahamkan lelaki tersebut adalah kenalannya sejak dari kecil dan merupakan adik kepada seorang pelakon.

    Sumber: Threads

    The post Lelaki Dipercayai Teman Istimewa Tiz Zaqyah Mohon Doa Orang Ramai – ‘Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah