28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Dipenjara 30 Tahun Kes Bun*h & Liwat Bayi 9 Bulan

    Shopee Sale

    Seorang lelaki mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan meliwat seorang kanak-kanak berusia sembilan bulan di bawah jagaan isterinya.

    Dipenjara 30 tahun

    Foto: Bernama

    Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh iaitu Mohamed Badruldin Mohamed, 40, dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

    Tertuduh menerima 10 tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan liwat dan 30 tahun serta 12 sebatan bagi pertuduhan membunuh.

    Bagaimanapun, tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.

    Menurut sumber, kesan DNA dan air mani tertuduh ditemui di usus besar dan dubur bayi tersebut. Bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan, turut mengesahkan kecederaan pada dubur mangsa yang disebabkan oleh objek tumpul.

    Punca kematian ialah ‘smothering’ (keadaan yang melemaskan), sampel DNA juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik OKT pada dubur dan rektum si mati.

    Tertuduh didapati melakukan persetubuhan luar tabii. Ada juga luka koyak dan lebam yang boleh disebabkan oleh jari atau zakar, sekali gus mengukuhkan dakwaan penderaan seksual terhadap bayi tersebut.

    Badruldin telah didakwa pada 12 Mei 2021 di bawah Seksyen 302 dan 377C Kanun Keseksaan masing-masing bagi kesalahan membunuh dan meliwat kanak-kanak itu, di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, antara jam 8 pagi hingga 3.30 petang pada 27 April 2021.

    MENARIK:  ‘Genap Sebulan Duhai Anak Solehku, Andre Mikhail’ – Amyza Aznan

    Isteri tertuduh iaitu Norhidayah Ab Hamid memberitahu ibu mangsa, Robiatul’ Adawiah Aziz, bahawa anaknya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 12.18 tengah hari, pada keesokan harinya.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Lelaki Dipenjara 30 Tahun Kes Bun*h & Liwat Bayi 9 Bulan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah