26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lelaki Dijadikan Sebagai Pemimpin, Bukan Untuk Malas’ – Ben Ali

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Ben Ali menyuarakan pendapatnya mengenai peranan seorang lelaki dalam menjadi tonggak kepimpinan dalam keluarga.

    Artikel Berkaitan: ‘Terpaksa Tidur Di Masjid & Kena Samun’ – Ben Ali Kongsi Pengalaman Merantau Dari Perlis Ke Kuala Lumpur Ketika Usia Remaja 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Muat Naik Video Mesra, Netizen Titip Doa Buat Ben Ali & Nadiyah Shahab

    Jadi lelaki tak boleh malas

    Menerusi perkongsian di Threads, Ben atau nama lengkapnya Nur Ali Nadzwan berpendapat bahawa, sifat malas tidak sepatutnya wujud dalam diri seorang lelaki kerana mereka telah dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah yang besar.

    Pada pendapat kecil saya, lelaki seharusnya tiada sifat malas, kerana lelaki dijadikan untuk menjadi pemimpin, imam atau ketua.

    Dalam pada itu, Ben turut meluahkan rasa kesal apabila melihat realiti zaman sekarang di mana kaum wanita dilihat lebih gigih berusaha dan berjaya dalam pelbagai bidang berbanding lelaki.

    Tapi sayangnya pada zaman ini, wanita dilihat lebih rajin dan kedepan dari pelbagai aspek berbanding lelaki.

    Ada juga situasi dimana suami tak berkerja, dibiarnya isteri pula mencari pendapatan untuk menyara keluarga dan membayar segala expenses.

    Malu kita kaum lelaki kalau begitu perangainya. Bukan semua lelaki sebegitu. Segenlintir.

    Walau bagaimanapun, Ben menjelaskan bahawa teguran tersebut tidak ditujukan kepada semua lelaki, sebaliknya hanya kepada segelintir pihak yang bersikap demikian.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Betul Orang Cakap, Setiap Umrah Itu Berbeza’ – Diana Rafar

    Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju bahawa tanggungjawab menyediakan nafkah dan memimpin keluarga adalah kewajipan hakiki seorang suami yang tidak boleh dipandang remeh.

    Sumber: Threads Ben Ali

    The post ‘Lelaki Dijadikan Sebagai Pemimpin, Bukan Untuk Malas’ – Ben Ali first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah