28.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih RM500,000 Disalur Kepada Rakyat, PERKESO Santuni Anak Yatim & Pekerja Terjejas

    Shopee Sale

    Bulan Ramadan, bulan mulia yang membawa makna besar bukan sahaja buat umat islam malahan orang ramai. Selain menahan lapar dan dahaga, inilah waktu terbaik untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan.

    Melalui Majlis Iftar KESUMA PERKESO LINDUNG 2026, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengambil peluang berkongsi rezeki Ramadan dengan menyalurkan lebih RM500,000 faedah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

    Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab sosial korporat (CSR), malah menjadi bukti bahawa perlindungan sosial di Malaysia akan terus diperkasa.

    Turut hadir memeriahkan majlis, Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, serta barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan PERKESO.

    Rezeki Ramadan: Lebih RM300,000 faedah disalurkan kepada 15 penerima

    Majlis Iftar KESUMA PERKESO LINDUNG 2026 bukan sekadar acara berbuka puasa sebaliknya, ia menjadi ruang untuk merapatkan hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan serta rakyat.

    Sekaligus, memberi peluang kepada pihak PERKESO untuk mendengar sendiri kisah dan pengalaman mereka.

    Antara momen paling menyentuh hati dalam majlis ini ialah penyampaian faedah PERKESO berjumlah lebih RM300,000 kepada 15 penerima daripada pelbagai program perlindungan sosial seperti:-

    • LINDUNG Pekerja
    • LINDUNG Kerjaya
    • LINDUNG Kendiri
    • LINDUNG Kasih
    PERKESO

    Salah seorang penerima ialah Aidel Hidayat Abdul Hadi, 28 tahun, menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) berjumlah lebih RM82,000.

    Dia mengalami kemalangan ketika bekerja apabila serpihan logam terkena pada mata kirinya sehingga menyebabkan kehilangan tisu mata dan hilang keupayaan melihat.

    Menurut Menteri Sumber Manusia, kisah Aidel menjadi peringatan bahawa kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

    Namun begitu, dengan adanya caruman kepada PERKESO, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan ketika masa sukar.

    Senyuman anak yatim & balu jadi penyeri majlis

    PERKESO

    Selain penyampaian faedah kepada pencarum, majlis ini turut meraikan mereka yang memerlukan dengan memberikan:-

    • Duit raya kepada 100 anak yatim
    • Sumbangan hamper kepada 40 balu dan duda dalam kalangan pencarum
    • Bantuan berjumlah RM100,000 kepada 10 NGO dan badan kebajikan tempatan
    MENARIK:  Abang Viva Selar Netizen Fitnah Ditinggalkan Isteri Kerana Malas Kerja

    Inisiatif ini selari dengan aspirasi KESUMA yang mahu memastikan tiada golongan tercicir daripada perlindungan sosial.

    400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal dilindungi

    PERKESO
    YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan berkongsi tentang Skim Pengembara, salah satu program perlindungan untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura

    Dalam perkembangan lain, Menteri Sumber Manusia turut mengumumkan berita penting mengenai Skim Pengembara.

    Kajian kebolehlaksanaan bagi skim tersebut telah selesai sepenuhnya. Skim ini dirancang bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

    Golongan ini kebiasaannya berulang-alik setiap hari demi mencari rezeki. Justeru itu, usaha memperkenalkan skim tersebut dilihat sebagai langkah penting untuk menutup jurang perlindungan sosial.

    Menurut beliau, KESUMA akan memastikan proses pelaksanaan berjalan lancar dan dijangka dilaksanakan menjelang penghujung tahun ini.

    Ramadan satukan komuniti, PERKESO terus dekat dengan Rakyat

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata majlis berbuka puasa seperti ini bukan sekadar acara tahunan.

    Sebaliknya, ia menjadi ruang untuk mendekati masyarakat serta menyantuni pencarum dan waris yang memerlukan bantuan.

    Beliau turut menekankan bahawa kewujudan PERKESO adalah hasil daripada caruman pekerja dan majikan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab organisasi tersebut untuk memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

    Selaras dengan slogan “Prihatin” dan semangat LINDUNG, PERKESO komited untuk terus memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara.

    Lebih daripada sekadar bantuan kewangan, usaha ini membawa mesej jelas bahawa tiada siapa yang harus berdepan kesusahan seorang diri.

    The post Lebih RM500,000 Disalur Kepada Rakyat, PERKESO Santuni Anak Yatim & Pekerja Terjejas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah