25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lagu Raya Dikatakan ‘Gagal’, Aina Abdul Balas Komen Negatif Netizen

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tampil membalas komen negatif seorang individu yang mengatakan lagu raya miliknya sebagai gagal.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Mahu Duet Dengan Aina Abdul & Ernie Zakri, Sebab Kami Bertiga Sering Dibandingkan’ – Marsha

    Lagu raya gagal?

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Aina, 31, berkata jumlah penstriman yang dicatat membuktikan lagu tersebut mendapat sambutan baik peminat sekali gus dakwaan tersebut adalah tidak benar.

    Hampir 500,000 tontonan di YouTube dalam seminggu, lebih 100,000 penstriman di Spotify dan senarai itu masih berterusan. Adakah gagal jika begini?

    Dalam perkongsian sama, pelantun lagu Terus Hidup itu turut memuat naik tangkap layar komen individu terbabit.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Komplikasi Yang Dialami Tiada Kena Mengena Dengan Pembedahan Bariatrik’ – Doktor Isteri Prince Syed

    Begitu pun anak kelahiran Johor ini tidak memperincikan lagu raya yang mana satu dikecam kerana dia melancarkan sebanyak tiga lagu sempena Lebaran 2026.

    Kongsi Aina lagi, dirinya tidak gemar melayan komen berbentuk kebencian, namun kali ini dia harus bersuara demi mempertahankan karyanya.

    Saya biasanya tidak membalas komen berbentuk kebencian. Sebenarnya memang tak membalas langsung. Tapi kali ini saya akan bersuara sebab ia tidak adil.

    Saya harap dan doakan awak berada di tempat yang lebih bahagia, meskipun siapa yang menulis komen ini.

    Sumber: Instagram

    The post Lagu Raya Dikatakan ‘Gagal’, Aina Abdul Balas Komen Negatif Netizen first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah