Kalau korang peminat drama Korea, mesti perasan satu perkara iaitu kulit wajah pelakon dalam drama tu selalu nampak flawless dan glowing.
Rahsianya sebenarnya tidak sesusah yang korang sangka. Dengan rutin yang tepat dan produk yang sesuai, korang pun boleh dapatkan kulit sihat, berseri dan solekan yang nampak semula jadi setiap hari.
guardian Malaysia kini memudahkan korang mencapainya melalui kempen eksklusif MYGuardian Rewards: Annyeong Korea! Shop & Win, sambil beri peluang untuk menang hadiah sehingga RM500,000.
Bibir segar sepanjang hari dengan Maybelline SuperStay Teddy Tint

Solekan bibir ala Korea biasanya tampak natural namun tahan lama. Maybelline SuperStay Teddy Tint hadir dengan tekstur ringan, tidak melekit dan mampu memberikan warna bibir yang vibrant sepanjang hari.
Korang boleh pakai sendiri untuk look semula jadi atau padankan dengan lip gloss untuk sentuhan glam sedikit.
Untuk yang suka gaya gradient lips, Teddy Tint memudahkan korang mencapainya seperti watak-watak K-Drama kegemaran korang.
Kulit cerah berseri dengan Garnier Bright Complete Vitamin C Booster Serum

Rahsia kulit cantik bermula dengan serum yang betul. Garnier Bright Complete Vitamin C Booster Serum 30ml mengandungi vitamin C pekat yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan bintik hitam dan memberikan kulit lebih sekata.
Teksturnya ringan dan cepat meresap, sesuai untuk rutin pagi dan malam. Hasilnya, kulit korang berseri dan siap untuk solekan flawless setiap hari.
Hidrasi tanpa rasa berat dengan Skintific 5X Ceramide Barrier Moisture Gel

Kulit yang sihat memerlukan pelindung semula jadi yang kuat. Skintific 5X Ceramide Barrier Moisture Gel membantu mengekalkan kelembapan tanpa rasa berat, sesuai untuk kulit sensitif Asia.
Produk ini juga boleh dijadikan primer sebelum solekan, menjadikan kulit lebih licin dan solekan tahan lebih lama.
Dengan ini, kulit korang sentiasa kelihatan sihat dan glowing.
Tips mudah untuk rutin K-Beauty harian korang

Nak kulit ala K-Drama tapi tak mahu rutin yang rumit? Korang boleh ikut tiga langkah mudah:
- Bersihkan dan hidrasi kulit secara konsisten dengan serum atau gel pelembap.
- Pilih solekan bibir dan pipi yang ringan tetapi memberi kesan segar.
- Gunakan produk multifungsi yang memudahkan rutin, contohnya gel pelembap yang juga berfungsi sebagai primer.
Dengan menggabungkan produk-produk ini dalam rutin harian, bukan sahaja kulit korang akan lebih sihat, tetapi gaya K-Beauty turut boleh dinikmati setiap hari.
Sertai MYguardian Rewards & menang besar
Selain cuba produk K-Beauty pilihan korang, korang boleh sertai MYguardian Rewards: Annyeong Korea! Shop & Win untuk peluang memenangi hadiah sehingga RM500,000.
Caranya mudah, korang hanya perlu berbelanja minimum RM20 di mana-mana cawangan guardian atau online, dengan sekurang-kurangnya satu jenama yang terlibat dan korang secara automatik akan layak menyertai peraduan ini.
View this post on Instagram
Lebih menarik, ahli MYguardian Rewards dapat menikmati ganjaran eksklusif apabila korang muat turun guardian MY App, termasuk diskaun RM12 dengan kod FIRSTAPP12.
Korang juga boleh mendaftar MYguardian Rewards menggunakan kod GDNSOCIAL untuk terus mendapat 150 MYpoints dan nikmati 10 kali ganda MYpoints untuk pembelian pertama selepas menjadi ahli.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, lawati guardian MY sebelum 29 Disember 2025.
The post Kulit Glowing Ala K-Drama? Ini Rahsia K-Beauty Yang Korang Boleh Cuba Sekarang Di guardian first appeared on OHBULAN!.





