33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Corat-Coret Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti, Suasana Intim Bersama Peminat

    Shopee Sale

    Konsert Cinta Nostalgia bersama Krisdayanti berlangsung dengan cukup meriah dan penuh emosi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad. 

    Di hadapan kira-kira 2,300 penonton, primadona tersohor Indonesia itu menghidupkan malam penuh kenangan menerusi persembahan yang bukan hanya memukau, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam buat para peminatnya di Malaysia.

    Intimate Dengan Peminat

    Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa di atas pentas. Krisdayanti membuktikan keunggulan serta keakrabannya dengan peminat apabila dia sendiri turun dari pentas, berjalan mengelilingi dewan sambil menyanyi, menyapa dan berinteraksi secara langsung dengan para peminat.

    Keintiman suasana yang dicipta menjadikan konsert ini lebih personal dan bermakna. Peminat yang hadir turut sing-along bersama Krisdayanti dalam hampir setiap lagu sekaligus menghangatkan lagi suasana. 

    Siti Nurhaliza & Mimi Fly Hangatkan Pentas

    Salah satu detik paling mencuri perhatian ialah ketika Krisdayanti menghampiri tempat duduk VIP Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K, lalu menyanyikan bait-bait lagu sebelum menjemput biduanita Malaysia itu naik ke pentas.

    Siti tanpa ragu menyampaikan lagu “Cindai” dengan penuh penghayatan. Walaupun dijemput secara spontan, biduanita negara ini tampil dengan persembahan yang memukau dan membuktikan statusnya sebagai penyanyi nombor satu negara.

    Momen bertambah istimewa apabila penyanyi Mimi Fly bersama Siti dan Krisdayanti menyanyikan lagu ‘Jika Kau Tak Datang’ yang dipetik daripada album kolaboratif ikonik CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka) dan simbolik gabungan nama dua diva tersohor, CT (Siti) dan KD (Krisdayanti).

    Anak & Cucu Meriahkan Pentas

    Krisdayanti turut mengundang anak perempuannya Aurelie Hermansyah, cucu-cucunya Ameena dan Azura, serta Arianna Amora Lemos ke pentas. Mereka bersama-sama mendendangkan beberapa lagu, termasuk ‘Timang-Timang’ ciptaan Anang Hermansyah dan ‘Bertubi-Tubi’ ciptaan Melly Goeslaw.

    Saya masih ingat ketika tahun 1998, saya dukung Aurel sambil mempromosikan lagu ‘Menghitung Hari’.

    Hari ini, saya berdiri di sini bersamanya, kini seorang wanita dewasa yang sudah memiliki dua anak yang sangat comel. Terima kasih, sayang.

    Tak dinafikan, luahan Krisdayanti penuh sebak, membuat ramai tersentuh.

    MENARIK:  Watie Hanifiah Kongsi Rasa Hiba, Shuib Beri Kata Semangat – ‘Sabar Itu Indah, Allah Tahu Yang Terbaik’

    Permulaan Karier Sebagai Penyanyi

    Sebuah segmen istimewa menyaksikan tayangan video throwback perjalanan awal kerjaya seni Krisdayanti. Dari detik pertama mencipta nama, sehinggalah menerima pelbagai anugerah berprestij di Indonesia dan Malaysia.

    Penonton turut disajikan klip kolaborasi Krisdayanti bersama nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw, dan ramai lagi. 

    Momen ini membuat penyanyi dan penulis lagu Melly Goeslaw tidak dapat menahan sebak, lalu menitiskan air mata menyaksikan rakan baiknya itu berdiri di pentas besar, menyampaikan lagu-lagu kenangan dengan penuh penghayatan.

    Menggayakan Empat Busana Keemasan

    Tidak lengkap konsert tanpa elemen glamor. Krisdayanti tampil dengan empat persalinan eksklusif bertemakan keemasan, setiap satu memancarkan aura elegan dan mewah. Salah satu busana yang mencuri perhatian adalah rekaan khas pereka tersohor Rizman Ruzaini, yang disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

    Busana-busana ini bukan sahaja menyerlahkan pesona sang primadona, malah seiring dengan tema konsert yang berlatarkan kenangan, kemewahan dan keanggunan.

    Secara keseluruhan, pencahayaan dan sistem audio yang mantap, Konsert Cinta Nostalgia ini bukan sahaja hiburan, tetapi juga sebuah perjalanan emosi yang menyentuh hati setiap yang hadir. 

    Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang dibawakan oleh JBProduction itu akan mengubat rindu peminat selepas KD kali terakhir muncul dengan konsertnya di Malaysia pada 2017 menerusi Konsert Romansa Krisdayanti.

    The post Corat-Coret Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti, Suasana Intim Bersama Peminat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah