Karya lukisan bukanlah sesuatu perkara yang asing malah ia kini kian mendapat perhatian dalam kalangan selebriti tempatan dan ahli politik yang dilihat amat menghargai seni ini.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Pernah Ditampar Kerana Pertahankan Rakan Sekolah Daripada Dibuli – ‘Saya Bukan Seorang Yang Berdiam Diri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syed Saddiq Sanggup Naik Gunung & Turun Laut Demi Rakyat, Tak Ambil Duit Atau Bayaran’
Kebajikan kepada rakyat

Pengarah Artistik Opera d’Arte dan pelukis, Datin Wira Nurina Norman mendedahkan Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq bakal membantu mempromosikan lukisannya dan hasil jualan akan diberikan untuk kebajikan para pelajar di kawasan parlimen berkenaan.
Nurina memaklumkan bahawa kolaborasi bersama Ahli Parlimen tersebut terjalin adalah dengan niat untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
Sebenarnya saya bersama YB Syed Saddiq telah pun berbincang dan saya sudah pun bersetuju untuk memberi 20 peratus hasil jualan lukisan kepada YB sebagai sumbangan untuk pelajar di Muar.
Sekitar akhir bulan ini, YB akan promosikan dan mengiklankan lukisan-lukisan ini.
Sesi lelong itu dijangkakan akan dilaksanakan dan diuar-uarkan menerusi media sosial.
Menurut ibu kepada empat orang anak ini, hasil jualan dua daripada lukisannya akan diberikan sepenuhnya kepada Saddiq.
Ada dua lukisan berskala besar, yang itu saya berikan keseluruhan hasil pembelian seratus peratus kepada YB Saddiq untuk dilelong.
Tercetusnya kolaborasi ini bukan sahaja kerana kami adalah kenalan tetapi saya sendiri mahu menyumbang kepada masyarakat, disebabkan itu saya beri dua lukisan tersebut untuknya.
Nilai untuk kedua-dua lukisan tersebut adalah hampir RM60,000.
Difahamkan karya seni milik Nurina juga turut mendapat perhatian selebriti tempatan sebelum ini iaitu aktres Nora Danish dan juga sokongan daripada ikon fesyen terkenal, Wak Doyok.
Seni untuk masyarakat

Dalam perkembangan lain, Nurina juga sedang mengadakan pameran UTOPIA iaitu satu pameran yang mempersembahkan karya-karya seni kontemporari mencerminkan imaginasi, idealisme, dan aspirasi manusia terhadap dunia yang lebih harmoni.
Menariknya pameran ini disusun berasaskan falsafah pelukis dalam menyelami pendekatan seni dan pemikirannya.
UTOPIA bukan sekadar pameran seni, ia adalah sebuah perjalanan merentasi idea dan harapan manusia. Kolaborasi bersama Universiti Malaya ini membuktikan bahawa seni mampu menghubungkan pendidikan dan masyarakat, memberi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang.
Kolaborasi Opera d’Arte dan Universiti Malaya ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan industri seni, membuka ruang kepada dialog kreatif antara pelajar, warga akademik, para artis, seniman dan komuniti umum.
Pameran ini terbuka kepada orang ramai dari 18 Ogos 2025 sehingga 20 September 2025 di Galeri Seni Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sepanjang tempoh pameran, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sampingan seperti sesi wacana seni, bengkel kreatif, dan lawatan berpandu. Kemasukan adalah percuma untuk semua lapisan masyarakat.
The post Kuasa Viral & Seni Bergabung..Syed Saddiq, Nurina Norman Bakal Lelong Lukisan Berharga RM60k Untuk Pendidikan first appeared on OHBULAN!.





