29 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adriana Ghafar Nafi ‘Dibela’ – ‘Saya Hilang Dari Dunia Seni Untuk Sambung Belajar’

    Shopee Sale

    Bekas Naib Juara Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar menafikan dakwaan bahawa dirinya ‘dibela’ oleh individu berpengaruh atau orang kenamaan.

    Artikel Berkaitan: Scha Ellinea Nafi ‘Dibela’ Sugar Daddy – ‘Takkan Lah Saya Nak Bagi Wang Dari Sumber Haram Dekat Keluarga’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fahimi Rahmat Dedah Pernah Ditawar Untuk ‘Dibela’ – ‘Dia Nak Bayar Saya RM300,000’

    Kehidupan ‘dibela’?

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Nafissa Adriana Abdul Ghafar, 28, itu menjelaskan bahawa dirinya hilang seketika dari radar industri hiburan adalah kerana melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang.

    Saya tak boleh bercakap panjang mengenai perkara itu kerana bagi saya, sejak dulu sampai sekarang saya berdiri dengan usaha sendiri.

    Cerita kononnya saya ‘dibela’ seseorang memang tak betul. Hakikatnya saya dijaga mak dan ayah. Mereka penat membesarkan saya, jadi kredit sepatutnya diberikan kepada mereka.

    Bagi saya, itu cuma gosip. Saya hilang sebab sambung belajar.

    Adriana juga turut percaya bahawa godaan bukan sahaja berlaku di dalam dunia seni tetapi ia juga wujud rata-rata dalam semua sektor pekerjaan.

    Godaan bukan hanya ada dalam industri seni. Dalam bidang profesional pun perkara sama boleh berlaku.

    Namun latar belakang saya sebagai graduan undang-undang sedikit sebanyak menjadi benteng. Orang tidak boleh sesuka hati mendekati atau memperlakukan saya sewenang-wenangnya.

    Bukan bermaksud saya sampai ke tahap mengambil tindakan undang-undang, tetapi sekurang-kurangnya orang tahu batasan.

    Adriana berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersamanya yang berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  ‘Awak Lebih Perkasa Dari Dia’ – Wanita Dicerai Selepas Kisah Gelap Terbongkar Pada Malam Pertama, Mengaku Dinodai Bapa Kandung

    Jaga maruah

    Sementara itu, graduan dari Universiti Malaya tersebut menegaskan dia tidak akan mudah untuk melayan mana-mana individu atau lelaki berstatus suami orang kerana yakin dirinya mampu berdiri dengan usaha sendiri.

    Sudah tentu tidak. Kalau boleh kita jauhi lelaki berstatus suami orang. Saya bukan elak tapi tolak terus.

    Tolak sahaja. Saya memang tidak melayan perkara seperti itu. Saya mahu dikenali kerana bakat, bukan kerana gosip murahan.

    Saya perlu menjaga maruah sebagai figura awam dan pada masa sama latar belakang saya dalam bidang guaman. Saya tak mahu orang persoalkan kredibiliti hanya kerana salah langkah.

    Dalam perkembangan lain, Adriana kembali aktif dalam bidang seni dan pada tahun ini dia telah membintangi dua telefilem dan sebuah drama televisyen.

    Selain itu, Adriana juga menjadi model bagi pereka fesyen tempatan, selain turut terlibat dalam pelbagai kempen iklan jenama utama di Malaysia.

    Walaupun saya pernah mengambil rehat yang agak lama daripada industri hiburan untuk memberi fokus kepada pengajian, saya sangat bersyukur kerana industri masih memberi kepercayaan dan peluang kepada saya sebagai pelakon, model dan pengacara sejak saya kembali aktif tahun ini.

    Saya menikmati dan menghargai setiap peluang tersebut, namun bidang pengacaraan dan lakonan sentiasa dekat di hati saya dan saya akan memberikan komitmen sepenuhnya.

    The post Adriana Ghafar Nafi ‘Dibela’ – ‘Saya Hilang Dari Dunia Seni Untuk Sambung Belajar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah