Konsert Pentas RadjaWali yang dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya menerima sambutan hangat apabila hampir keseluruhan tiket sudah habis dijual.
Artikel Berkaitan: Dua Legenda Satu Pentas! Radja & Wali Gegar Kuala Lumpur Awal Tahun Depan
Sambutan hangat

Ketika ditemui , Pengarah Projek yang juga Pengarah Konsert, Muhamad Firdouz Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Fidote berkata tiket berharga RM177 sudah habis dijual dalam tempoh seminggu penjualan tiket dibuka.
Secara asasnya, jualan tiket sudah mencapai 60 peratus. Ini satu petanda baik dan kami amat berterima kasih atas sokongan semua pihak.
Fidote berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan majlis meraikan rakan strategik konsert tersebut di Redbox The Garden, Mid Valley City, baru-baru ini.
Kata Fidote, penjualan tiket yang laris itu juga disebabkan oleh peminat kedua-dua band itu yang tidak sabar mahu melihat Radja dan Wali Band bergabung di satu pentas buat julung kali di Malaysia.
Baik Radja mahupun Wali Band, kita semua sedia maklum dengan showmanship mereka di atas pentas.
Kita tengok daripada konsert-konsert mereka yang lepas pun sangat energetik.
Teruja

Sementara itu, vokalis Radja, Ian Kasela meluahkan rasa teruja untuk kembali membuat persembahan di Malaysia.
Malaysia selalu dekat di hati kami dan kami tidak pernah melupakan peminat di sini.
Ia satu impian menjadi kenyataan apabila kami dijemput untuk beraksi semula.
Dalam pada itu, Wali Band yang dianggotai oleh Faank, Apoy, Ovie dan Tommy, turut menyifatkan Malaysia sebagai destinasi istimewa buat mereka.
Syukur, Malaysia ibarat rumah kedua kami. Kami merindui sambutan mesra peminat serta makanan yang sedap di sini.
Untuk konsert kali ini, kami akan tampil dengan sesuatu yang berbeza.
Antara lagu popular yang bakal dinyanyikan itu termasuk lagu popular seperti ‘Jujur’, ‘Bulan’ dan ‘Cinderella’(Radja) serta ‘Cari Jodoh’, ‘Baik-Baik Sayang’ dan ‘Tomat (Tobat Maksiat)’(Wali).
Tiket konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia masih boleh didapati di laman rasmi Fantopia.io, dengan harga bermula daripada RM177 hingga RM977.
Konsert anjuran Impian Al Fateh Sdn. Bhd., GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) ini turut mendapat sokongan padu daripada barisan Rakan Strategik seperti Redbox, Three Hand Production, GGR Motor, Dua Darjat Coffee, Roerdum (jam tangan rasmi), Era, Sinar, THR Gegar, Gempak serta Royale Chulan sebagai hotel rasmi.
The post Konsert RadjaWali Terima Sambutan Luar Biasa, Tiket Hampir Habis Terjual first appeared on OHBULAN!.





