29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aya Amiruddin Kembali ‘Single’ Selepas Dua Tahun Bertunang – ‘Cadangnya Kahwin Hujung Tahun, Anggap Tiada Jodoh’

    Shopee Sale



    Aya Amiruddin

    Pempengaruh dan pelakon Aya Amiruddin mendedahkan ikatan pertunangan dengan kekasih bernama, Eronmose Sleem sudah sebulan terlerai.

    Putus tunang

    Aya Amiruddin

    Dua tahun mengikat tali pertunangan, Aya, 27, menganggap dia dan jejaka tersebut tiada jodoh meskipun sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.

    Saya sudah kembali single, sudah sebulan. Kami berpisah secara baik, tiada gaduh-gaduh atau sebagainya.

    Saya menganggap kami tiada jodoh, sebab itu berpisah. Empat tahun saya bersama dia dan kami sudah bertunang lebih kurang dua tahun.

    Memang mahu berkahwin tapi tiada rezeki, kalau ikut perancangan hujung tahun ini atau awal tahun dapat.

    Aya berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama barisan pelakon sitkom komedi terbaharu terbitan TV3 berjudul Jabatan Call Centre (JCC), di Studio NTV7, Glenmari Shah Alam, pada Isnisn.

    Masih mengekalkan hubungan baik, Aya bagaimanapun menafikan punca perpisahan disebabkan kehadiran orang ketiga.

    Saya dan dia mungkin tiada persefahaman, bukan disebabkan orang ketiga. Mungkin saya banyak kekurangan dalam hubungan kami.

    Namun hubungan kami masih baik, kami masih berkawan. Malah dia selalu tolong saya lakukan konten untuk saya. Kami berdua masih bekerjasama.

    Sekadar info, Aya membawakan watak bernama Hidayah dalam sitkom JCC yang bakal disiarkan bermula 9 Ogos hingga 27 September ini setiap Jumaat jam 10 malam.

    MENARIK:  Nabila Razali & Bella Astillah Bersama PTTI Raikan ‘Batch 07’ Terima Keputusan SPM, ‘Straight A’ Dapat Insentif RM500

    Selain Aya, JCC turut dibintangi Rita Rudaini, Shiha Zikir, Izzue Islam dan Andi Bernadee.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah