32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert Pernah Dibatalkan, Akim Ahmad Hati-Hati Pilih Penganjur – ‘Saya Tak Serik, Dalam Industri Ni Kita Kena Tempuh Juga’

    Shopee Sale



    Penyanyi Akim Ahmad mengakui tidak serik untuk mengadakan konsert meskipun sebelum ini pernah mempunyai pengalaman konsert dibatalkan.

    Akim tak serik buat konsert

    Ketika ditemui , Akim atau nama lengkapnya Afiq Hakim Ahmad, 34, berkata Konsert 4G’s yang menampilkan dirinya serta tiga lagi penyanyi iaitu Tomok, Black dan Hazama yang sepatutnya berlangsung pada April 2020 terpaksa dibatalkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Saya pun ada pengalaman konsert dibatalkan iaitu Konsert 4’G yang terdiri daripada saya, Tomok, Hazama dan Black. Konsert tu terpaksa dibatalkan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa tu, peminat pun dah beli tiket.

    Benda-benda macam ni kadang-kadang buatkan kami rasa tak best. Kami juga pernah buat laporan dan daripada pihak kami sudah selesai. Tapi pihak penganjur saya tak pasti.

    Tambah pelantun lagu Ritma dan Rima ini lagi, meskipun pernah melalui pengalaman tersebut namun akui tidak serik malah akan terus berkarya untuk mengembangkan industri muzik tanah air.

    Saya tak serik sebab dalam industri ini kita kena tempuh juga. Nak semarakkan lagi suasana industri muzik tempatan. Bila ramai penyanyi kita buat konsert, secara tidak langsung mempengaruhi mata masyarakat untuk turut serta.

    Akim berkongsi demikian ketika ditemui pada sesi Healing dan Meet & Greet bersama finalis AJL39 yang berlangsung di Gua Juicery, Taman Botani Putrajaya, baru-baru ini.

    MENARIK:  Wanita Teruk Dikecam, Rasa Kelakar Ketika Kongsi Momen Anak Robohkan Pelamin Rakan – ‘Kalau Aku Jadi Pengantin…’

    Konsert sulung Akim & The Majistret

    Apabila ditanya mengenai kebimbangannya menjelang konsert sulung bersama kumpulan Akim & The Majistret, suami kepada penyanyi, Stacy ini memberitahu dia hanya berdoa dan berharap agar urusan mereka dipermudahkan termasuk dari segi penjualan tiket.

    Bukanlah kata tak risau tapi saya lebih risau kalau konsert tu dianjurkan oleh saya. Tapi konsert sulung Akim & The Majistret ni, orang lain yang anjurkan. Jadi bila orang lain yang anjurkan ni, kita ada fokus yang lebih utama.

    Tapi bila kita sendiri yang jadi penganjur, banyak benda yang kita kena buat. Bukan sahaja dari segi persembahan tapi seluruh konsert perlu tahu. Itu perkara yang kritis lah dan perkara itu mengganggu kreativiti.

    Tambah Akim lagi, dia juga percaya bahawa pihak penganjur mempunyai perancangan dan strategi sendiri untuk menjayakan konsert tersebut yang bakal berlangsung pada Jun tahun ini.

    Bila ada yang tawarkan nak buat konsert ni, bukan tak takut tapi berdoa mudah-mudahan ada yang beli tiket. Tapi dalam masa yang sama, penganjur mungkin ada strategi yang lebih mampan untuk konsert yang mereka anjurkan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah