
Kumpulan nasyid, Inteam mengumumkan perubahan lokasi dan tarikh bagi Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun berikutan sambutan luar biasa daripada peminat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Inteam ‘Join’ Nyanyi Di Kedai Mamak, Netizen Terhibur – ‘Macam Gitu Je Diorang Rosak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Dedah Anak Kedua Pada Awalnya Tak Setuju Untuk Kahwin Baru – ‘Kata Nak Hidup Sama-Sama Dengan Ayah Di Taman Syurga?’
Tambah kapasiti

Menurut vokalis kumpulan Inteam iaitu Syahril Khalid memaklumkan, konsert yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 September, kini akan dianjurkan pada 28 September di IdeaLive, Petaling Jaya. Dewan acara tersebut mampu memuatkan sehingga 5,000 penonton.
Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah membeli tiket, pihak penganjur memberi jaminan bahawa mereka akan diberikan tempat duduk istimewa dan barisan hadapan dalam zon masing-masing.
Mereka juga akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi urusan pengesahan tempat duduk serta pemakluman pertukaran tarikh.
Bukan itu sahaja, pembeli terawal juga akan menerima hadiah istimewa daripada Aplikasi Khair.
Inteam bakal menyajikan 25 lagu dan medley termasuk penampilan istimewa anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad, selain beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan.
Untuk makluman, tiket baharu akan mula dijual pada 14 Jun 2025 (Sabtu) menerusi platform Ticket Empire, yang boleh diakses melalui laman rasmi konsert di http://www.kasihkekasih.com.
The post Konsert Kasih Kekasih Inteam Dipindahkan Ke Lokasi Lebih Besar, Tarikh Ditunda Ke 28 September first appeared on OHBULAN!.





