31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kongsi Momen Karaoke Bersama Arwah Abam Undang – Hidayah Terharu dengan Kenangan yang Tidak Dapat Kembali Lagi

    Shopee Sale



    hidayah abam karaoke

    Semalam merupakan ulang tahun kelahiran pelakon dan pelawak, Allahyarham Abam.

    Bersempena hari yang cukup bermakna itu, balu kepada selebriti tersebut iaitu memuat naik video kenangan bersama arwah di media sosial.

    Rindu kepada arwah

    hidayah abam karaoke

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hidayah dan arwah Abam dilihat sedang berkaraoke bersama-sama dengan menyanyikan lagu Memori Berkasih yang pernah dipopularkan oleh arwah Achik Spin dan Siti Nordiana.

    Selamat hari lahir suamiku 19 Januari 1988, genaplah umur mu 36 tahun. Cintaku selamanya. Kenangan yang tidak dapat kembali lagi.

    Tidak dapat menanggung rindu, Hidayah kemudian menitipkan nasihat kepada pengikutnya supaya merakam setiap memori mereka bersama pasangan agar menjadi kenangan ketika mereka sudah tiada.

    Simpanlah kenangan bersama pasangan anda banyak-banyak pun tak apa, bila dia tiada kenangan ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Al-Fatihah suamiku Syed Umar Mokhtar.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan tersentuh dengan ucapan Hidayah selain turut mendoakan agar arwah Abam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan Hidayah juga dilimpahkan dengan kebahagiaan.

    MENARIK:  Gadis Memutuskan Hubungan Selepas Ditegur Oleh Bakal Mentua Terhadap Konten - 'Makcik Tidak Suka Semua Benda Perlu Dipamerkan'

    Untuk info, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 5 tahun.

    Pada 10 Februari 2020, pelawak tersebut dilaporkan meninggal dunia akibat demam panas.

    Video

     

    View this post on Instagram

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah