27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kita Sebagai Wanita Tak Boleh Biarkan Suami Naik Tangan’ – Anzalna Nasir

    Shopee Sale



    Pelakon Anzalna Nasir meluahkan pandangannya sebagai seorang isteri dan wanita berhubung isu keganasan rumah tangga yang dilalui pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson.

    Tak boleh biar suami naik tangan

    Menurut Anzalna, seorang wanita tidak boleh membiarkan suami mereka untuk naik tangan. Tambah Anzalna, perceraian sememangnya menakutkan bagi setiap wanita. Namun, keputusan tersebut lebih baik diambil sekiranya ia membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

    Betul, perceraian itu memang menakutkan dan menyakitkan. Tetapi untuk terus kekal dan kena pukul sampai mengalami kecederaan yang serius sangat teruk. Untuk semua wanita di luar sana yang menghadapi situasi macam ini, jangan takut untuk bersuara. Lelaki sebenar tidak akan naik tangan terhadap wanita.

    Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Layak Ada Kawan Sebab Tak Pandai’ – Luahan Murid Undang Sebak, Tasha Manshahar Titip Nasihat

    Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

    Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah