28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kisah Inspirasi Golongan Mualaf Di Malaysia’ – Single Raya ‘Yang Mulia’ Dilancarkan oleh Daqmie Perkim Datuk Keramat

    Shopee Sale



    dakmie

    Penyanyi dan komposer Daqmie telah melancarkan single raya dan muzik video bertajuk ‘Yang Mulia’, semalam.

    Kisah mualaf

    dakmie

    Menurut Daqmie, ia merupakan kerjasama di antaranya dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Datuk Keramat.

    Menurut penulis lirik dan pengerusi Perkim, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.

    Lagu itu dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestika yang mengisahkan
    hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.

    Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha
    yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan.

    Tambah Suhaimi, idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.

    Selaku Duta Mualaf Perkim Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah Perkim tidak terlaku terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagaikan agar sesuai dengan
    zaman.

    Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.

    Kami mengharapkan dengan kepakaran dan popilariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial.

    Terdahulu Perkim Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka
    Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.

    MENARIK:  Jungkook BTS Menjadi Tukang Masak Di Kem Tentera

    Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.

    Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan Perkim mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.

    Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.

    Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada
    tahun ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah