25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kim Seri Terkilan Usaha ‘Refund’ Dipertikai, Dedah Buat Banyak Kerja Demi Bayar Hutang – ‘Klinik Pembedahan Plastik Adalah Salah Satunya’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri akui melakukan pelbagai kerja sampingan sebagai usaha untuk membayar hutang terhadap beberapa individu yang telah menggunakan servis pelancongannya.

    Artikel Berkaitan: Kim Seri Mohon Maaf Lagi, Akui Perlu Lebih Masa Untuk Bayar Semua ‘Refund’ – ‘Saya Akan Usaha Lebih Lagi’

    Artikel Berkaitan: Kim Seri Tunjuk Bukti, Mula ‘Refund’ Duit Pelanggan Trip Korea

    Klinik pembedahan plastik

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina mendedahkan menerima tawaran wang tunai untuk membuat pembedahan plastik.

    Menurut Kim Seri, dia hanya perlu menjalani pembedahan dan mempromosikan klinik tersebut selama dua tahun.

    Saya cuba buat macam-macam untuk dapatkan duit supaya dapat bayar hutang. Salah satunya klinik pembedahan plastik. Ketika ini kawan korea bagi tawaran menarik dengan kontrak 2 tahun.

    Tapi kena buat pembedahan dan promosi sekali. Masa itu saya tak fikir apa sebab nak dapatkan duit. Saya ikut saja doktor nak bedah apa.

    Saya hanya nak buat marketing dan dapatkan duit untuk bayar semua hutang. Saya nak hidup tenang tanpa hutang.

    Bagaimanapun, Kim Seri kecewa dengan tindakan segelintir individu yang membuat laporan seolah tidak menghargai usahanya membayar hutang.

    Tapi lepas muat naik tentang klinik itu saya kena serang. Mereka nak saya bayar hutang tapi mereka sendiri yang report usaha saya nak bayar.

    Banyak lagi, bukan klinik saja. Ubat-ubatan, buku belajar dan macam-macam lagi. Kalau mereka bertenang dan biar saya usaha beberapa bulan, saya rasa dah boleh bayar 30 ke 40 peratus dari jumlah hutang.

    Selepas beberapa minggu kontrak ditamatkan sebab tak tahan kena serang tanpa dapat sebarang pembayaran. Secara positifnya, saya okay saja sebab tak perlu promosi pembedahan plastik selama dua tahun.

    Mahukan hidup yang tenang

    Justeru itu, Kim Seri membuat keputusan untuk tidak memuat naik berkenaan ‘refund’ yang hanya menimbulkan lebih banyak komen negatif terhadap usahanya.

    MENARIK:  [VIDEO] Zarina Zainuddin Muncul Dengan Lagu Pulut Kuning, Netizen Puji Lirik & Melodi – ‘Sedap Pula Lalu Dekat Telinga’

    Kim Seri juga memaklumkan dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan jumlah yang tertunggak .

    Setiap apa yang yang saya buat, duit yang saya dapat semua saya update refund. Bila buat macam ini, makin banyak kecaman.

    Hakikatnya, bayar atau tidak, tetap kena kecam dan tetap dituduh scammer.

    Untuk hari ini, saya tidak akan update apa-apa lagi tentang refund atau hutang. Tiada lagi pengesahan yang saya perlukan daripada orang luar.

    Saya akan bayar dan biar orang yang terima bayaran saja tahu.

    Sekarang saya nak teruskan hidup seadanya tanpa memikirkan siapa suka, siapa tak suka, siapa sokong atau tidak.

    Terdahulu, tular beberapa video dan hantaran dimuat naik beberapa individu di media sosial yang dipercayai menjadi ‘mangsa’ kepada pakej pelancongan yang ditawarkan Kim Seri.

    Difahamkan, individu tersebut telah berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang trip percutian ke Korea Selatan dan masalah itu mula timbul sejak mereka masih berada di Malaysia.

    Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina kemudiannya membuat permohonan maaf susulan dakwaan dirinya menipu pelanggan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM400,000.

    Kim Seri juga memaklumkan dia  sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan jumlah yang tertunggak .

    Sumber: Threads @kimseri_eina

    The post Kim Seri Terkilan Usaha ‘Refund’ Dipertikai, Dedah Buat Banyak Kerja Demi Bayar Hutang – ‘Klinik Pembedahan Plastik Adalah Salah Satunya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah