29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KIIRAS Gegar Carta Muzik Malaysia!

    Shopee Sale

    Kumpulan gadis K-Pop yang meningkat naik, KIIRAS berjaya menduduki kedudukan ke-5 di Carta Album Teratas iTunes selepas beberapa hari membuat kemunculan rasmi.

    Artikel Berkaitan: CNBLUE Akhiri Jelajah 2024 ‘CNBLUE Live In Asia – VOYAGE Into X Malaysia’ Dengan Ribuan Boice

    Artikel Berkaitan: Jimin BTS Naik Pangkat Sebagai Askar Elit, Dinobat Sebagai Pelatih Terbaik Sepanjang Latihan Ketenteraan

    Gabungan antarabangsa

    KIIRAS merupakan kumpulan K-pop yang dianggotai oleh enam gadis yang terdiri daripada LingLing (idola K-pop wanita pertama dari Malaysia), Kurumi, Harin, Kylie, Doyeon, dan Roah.

    Kumpulan gabungan antarabangsa ini telah meraih perhatian dengan persembahan bertenaga dan konsep yang menarik untuk lagu ‘Kill Ma Bo$$’ yang disajikan di program muzik utama Korea Selatan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Aziz Rindu Ayden & Ara – ‘Alhamdulillah, Saya Rasa Mereka Berada Di Persekitaran Yang Baik’

    Keenam-enam gadis ini juga membawa imej koboi yang mampu mencuri hati penonton dengan latar belakang padang pasir yang berwarna warni serta menggayakan busana yang segar dan berani.

    Dalam pada itu, KIIRAS dijangka bakal melonjak naik dengan sisi polos serta daya tarikan remaja yang ceria dan berkeyakinan tinggi.

    Difahamkan, KIIRAS berjaya menggegarkan carta muzik Malaysia dengan lagu sulung mereka, ‘Kill Ma Bo$$’ yang menggabungkan elemen muzik country, R&B dan Hip-hop.

    Selain itu, KIIRAS dalam perancangan untuk melebarkan sayap di Korea, Malaysia dan pasaran antarabangsa yang lain dengan bakat yang mampu membuatkan kumpulan gadis K-pop ini terus berkembang dengan karya-karya unik.

    The post KIIRAS Gegar Carta Muzik Malaysia! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah