32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kieran Kongsi Kesan Kemoterapi Akibat Kanser Prostat – ‘Saya Pura-Pura Kuat, Siang Okay Malam Berdenyut’

    Shopee Sale



    Kieran

    Bekas penyampai radio, Kieran mengakui tahap kesihatannya bertambah baik selepas menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi akibat kanser prostat.

    Semakin baik

    Kieran

    Kieran atau nama sebenar Maskiran Jakiran, 50, berkata, sel kanser di dalam badan semakin berkurang dan sudah boleh melakukan rutin harian. Pun begitu, kesan kimoterapi menyebabkan tangan dan kakinya tidak berapa kuat.

    Selepas pembedahan dan kimoterapi, Alhamdulillah sel kanser semakin berkurangan tapi sakit-sakit itu masih ada. Cumanya saya ‘pura-pura’ kuat dan macho.

    Waktu siang nampak okay tapi apabila malam berdenyut sana sini. Nak bangun pun terasa macam orang tua, tidak boleh mengejut terasa macam nak pitam.

    Tangan saya bengkak selepas kimoterapi dan masih belum surut lagi, tak boleh pegang barang terlalu lama.

    Memandu pun tidak boleh jauh tapi kalau dalam Kuala Lumpur saya paksakan juga.

    Kieran berkata demikian ketika ditemui di majlis Terbaek Raya mStar yang diadakan di The Agam Kuala Lumpur pada Rabu.

    Terhad pergerakan

    Kieran

    Berkongsi lanjut, Kieran memberitahu disebabkan pergerakan yang terhad, kehidupan hariannya kini agak membosankan disebabkan tidak boleh melakukan aktiviti lasak termasuk bersukan.

    Kalau dulu saya aktif bersukan, joging seminggu lima kali, main bola dan badminton dua kali seminggu tapi sekarang sudah setahun saya tak buat apa-apa.

    Sekarang hidup saya sangat membosankan, duduk rumah saja. Kerja nak berdiri lama pun tak boleh, saya ikut isteri pergi jual kek sebab kalau buat lembik badan jadi ‘jem’.

    Dalam pada itu, Kieran meluahkan rasa syukur apabila menerima bantuan pada majlis tersebut yang mana sedikit sebanyak mampu meringankan bebannya selepas hampir setahun tidak bekerja.

    Saya rasa ini inisiatif yang sangat baik, saya terima kad perubatan yang boleh digunakan sebanyak 12 kali rawatan.

    Apa yang mereka beri ini sangat membantu kepada orang macam kami yang tiba-tiba ditimpa musibah. Terima kasih mStar dan KPJ.

    Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan pula berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat meneruskan kolaborasi bersama mStar.

    Kami percaya bahawa usaha menyantuni komuniti, khususnya individu yang diuji dengan cabaran hidup, adalah selari dengan komitmen KPJ untuk memperkasa kesejahteraan rakyat Malaysia.

    Melalui program ini, kami berharap dapat membawa sinar harapan kearah kehidupan yang lebih baik kepada penerima sumbangan serta mengukuhkan peranan kami sebagai rakan penjagaan kesihatan pilihan komuniti.

    Turut menerima sumbangan adalah Fendy Caliph Busker yang tabah membesarkan anaknya yang merupakan OKU penglihatan sepertinya dan bekas pemain bola sepak kebangsaan Azman Adnan yang kini menderita akibat tulang kaki membengkok.

    MENARIK:  [VIDEO] Bekas Guru Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem – ‘Dia Pernah Marah, Kalau Tak Suka Belajar Jadi Pelakon’

    Selain itu, atlet paralimpik, Nurul Shakina Abdullah Teh yang kini menjadi penyanyi jalanan untuk membesarkan dua anaknya serta Mohammad Saad Habizal yang menghidap palsi serebrum (cerebral palsy) dan masalah tulang belakang bengkok.

    Tidak ketinggalan pelakon Ebby Yus yang diuji pelbagai penyakit kronik termasuk masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah