28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kieda Crepe Menghapus Sistem ‘Support Vendor’ Sehari, Beri Kesan Jualan Berkurang Menurut Netizen

    Shopee Sale



    kieda support vendor

    Usahawan yang terkenal dengan sistem pembelian ‘support vendor’, Kieda Crepe mengambil keputusan untuk menghapuskan cara jual beli tersebut di kedainya semalam.

    Dikecam namun ramai masih sokong

    kieda support vendor

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra berkata dia mengambil keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat untuk melaksanakan projek baru.

    Ini betul-betul kerja gila! Tapi semalam kita mesyurat, untuk hari ini 18 Januari 2024, HQ Kieda Crepe tak buat ‘support vendor’, jadi jemput datang sebab saya tak buat selalu.

    Saya susah sangat nak buat, tahun lepas sekali sahaja ketika bulan puasa. Beli lah nak beli apa pun.

    Justeru itu, dilihat ramai pelanggan berpusu-pusu ke permis perniagaannya semalam untuk mendapatkan produk makanan keluarannya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa faktor Kieda bertindak sedemikian adalah kerana hasil jualannya sejak kebelakangan ini agak perlahan selain berharap sistem ‘support vendor’ tidak lagi diteruskan.

    Barang tak jalan la tu.

    Jangan buat hari ni saja, kalau boleh teruskan.

    Walaupun menerima kecaman namun masih ada pengikut Kieda yang setia menyokong dan tetap membuat pembelian.

    Bagaimanapun, tinjauan mendapati ruangan komen telah ditutup setelah video tersebut dihujani dengan kritikan warganet.

    MENARIK:  PayNet Melancarkan Kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai Di 7 Negeri Malaysia
    " data-video-id="7325280857793498386" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @kiedacrepepenang

    SEBAB SEMALAM MEETING ADA NEW PROJECT KITA NAK JALANKAN , HARINI RASA MACAM NAK BUAT KERJA GILA ?? Kerja gila yang susah saya nak buat! HARINI NO SUPPORT VENDOR DI HQKIEDA CREPE PENANG ?? Harini sahaja dulu kita buat kerja gila ?? 18.1.2024 KHAMIS ?? NO SUPPORT VENDOR DI HQKIEDACREPE , PENANG ?? Nak beli produk kieda saja? Silakan?? TAPI BERCOMBO ?? Crepe Bantal 3 ketul , mini mille cheese & Mini mille biasa ?? Personal Shopper saya limitkan! ?? Tumpang kerja gila kieda tengah kieda jalankan ni. Cepat share ?? Harini kedai buka pukul 1petang-10Malam? Lalamove pun on macam biasa ? #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang

    ? DJ SIKO AIDO MUNGKENYA MUNGKENYA VIRAL TIK TOK FULL BASS – SAMMOCHY YETE

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah