Penyanyi Khai Bahar, memilih untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah menabur fitnah kepadanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Ada Buat Salah, Itu Antara Saya Dengan Tuhan’ – Khai Bahar
Artikel Berkaitan: Bergambar Dengan Adik Ipar Lelaki, Khai Bahar Bengang Netizen Buat Tuduhan Tidak Berasas
Orang terdekat?

Ketika ditemui , Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairul Baharuddin memaklumkan bahawa dia tidak akan menyaman individu tersebut seperti yang ditegaskannya sebelum ini.
Sudah selesai, saya pilih ikhlaskan dan lepaskan.
Tak jadi nak saman sebab dia tak teruskan perkara yang dilakukan itu
Menurut penyanyi berusia 31 tahun itu, dia bertindak sedemikian kerana individu tersebut telah memadam hantaran jelek berkenaan dirinya dan dipercayai berselindung di sebalik akaun palsu.
Bagaimanapun, Khai mendakwa fitnah tersebut berkemungkinan dilakukan oleh kenalan terdekat.
Saya tak tahu siapa dia dan semua hantaran itu telah dipadam. Dia guna akaun palsu.
Tapi saya rasa macam orang terdekat sebab dia ada screenshot hantaran yang hanya dikongsi kepada close friend di Instagram. Saya rasa tak perlu buat begitu kerana dia tahu apa itu maksud close friend.
Tak tahu apa sebabnya. Tapi pelik sebab dia tahu hantaran di close friend saya. Saya rasa circle orang terdekat saya.
Khai berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran lagu baharunya yang berjudul Beri Sedikit Waktu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.
Perbaiki diri
View this post on Instagram
Mengulas lanjut, penyanyi berasal dari Perlis itu menegaskan dia akan mengakui perbuatannya andai ada bukti yang dikemukakan namun Khai berkata, segalanya adalah fitnah semata-mata.
Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak akan menghalang Khai untuk terus berkongsi segala aktiviti yang dilakukannya di media sosial.
Kalau benda itu ada bukti saya terima tapi ini semua fitnah. Jika tak betul saya kata tidak, ada salah silap saya perbaiki dan minta maaf.
Saya ni random sikit, kalau nak kongsi saya post saja. Saya cuma nak lebih bahagiakan diri dengan bercakap dan berkongsi.
Apabila dapat teguran, saya akan turunkan semula hantaran. Saya juga bukan sempurna, hanya manusia biasa.
Sebelum ini, tular di platform X, video Khai bersama adik iparnya bergambar di dalam kereta.
Hantaran itu dihujani dengan tuduhan tidak berasas ke atas Khai Bahar apabila dia didakwa sebagai seorang lelaki homoseksual.
Susulan itu, Khai memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah tersebut.
The post Khai Bahar Tak Teruskan Saman, Dakwa Kenalan Rapat Sebar Fitnah first appeared on OHBULAN!.





