28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kena Tengok Siapa Pengasas’ – Aqil Zulkiflee Kongsi Kisah Pengkhianatan Rakan Bisnes

    Shopee Sale

    Usahawan dan pencipta kandungan, Aqil Zulkiflee mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa hantaran di Threads yang menyentuh mengenai kepentingan pengguna membuat semakan sebelum membeli sesuatu produk suplemen.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Kurang Sihat, Netizen Nasihat Aqil Zulkiflee Jangan Terlalu ‘Expose’ Di Media Sosial – ‘Penyakit Ain Susah Diubati’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Masuk Dua Bulan, Aqil Zulkiflee Sambut Di Hotel Mewah – ‘Dia Sebenarnya Meraikan Yang Melahirkan’

    Aqil Zulkiflee minta teliti kandungan produk

    Menerusi perkongsian itu, Aqil berpandangan bahawa pengguna bukan sahaja perlu meneliti kandungan sesuatu produk, malah turut mengambil kira latar belakang pengasas dan rekod sesebuah jenama.

    Kalau nak makan apa-apa supplement, benda pertama kena check ingredient. Kedua, kena check founder,kene check brapa lama dalam pasaran.

    Aqil turut berkongsi pengalaman pernah membantu seorang individu yang kini menjalankan perniagaan dalam bidang yang sama.

    Aqil mendakwa individu berkenaan pernah menerima pelbagai bentuk bantuan daripadanya sebelum memilih untuk membina perniagaan sendiri.

    MENARIK:  Remy Ishak Seakan ‘Hidup’ Semula, Seronok Lihat Peningkatan Kualiti Filem Dalam Negara – ‘Tak Sabar Nak Berlakon Balik’

    Selain berkongsi pengalaman tersebut, Aqil menegaskan bahawa MommyHana merupakan jenama yang telah lama berada di pasaran dan mempunyai rekod yang kukuh.

    Menurutnya, jenama tersebut sudah berada di pasaran selama lebih 10 tahun serta diedarkan di lebih 300 farmasi di seluruh Malaysia.

    Bapa kepada seorang anak ini turut memuat naik beberapa perkongsian pelanggan yang mendakwa berpuas hati menggunakan produk terbabit sebagai sokongan terhadap kenyataannya.

    Hantaran tersebut menerima ribuan tanda suka serta ratusan komen daripada pengguna media sosial yang memberikan pelbagai reaksi.

    Setakat ini, identiti individu yang dimaksudkan oleh Aqil masih menjadi tanda tanya dan tiada sebarang maklum balas rasmi diterima berhubung dakwaan tersebut.

    The post ‘Kena Tengok Siapa Pengasas’ – Aqil Zulkiflee Kongsi Kisah Pengkhianatan Rakan Bisnes first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah