27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Keluarga Suka, Gembira Tengok Saya Berkawan Dengan Amira’ – Fattah Amin

    Shopee Sale



    Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa keluarganya menerima baik kehadiran penyanyi, Amira Othman.

    ‘Mereka suka, gembira’

    Ketika ditemui Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata keluarganya juga gembira dan merestui hubungan baiknya dengan Amira.

    Alhamdulillah keluarga saya merestui, mereka suka sebab Amira pun ada datang ke majlis sebelum ini dengan keluarga saya.

    Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira.

    Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Itu ini menyifatkan Amira seorang rakan kerja yang baik dan mereka selesa berkawan rapat. Walau bagaimanapun, Fattah mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

    Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja.

    Sementara itu, Fattah juga sempat mengirimkan doa kepada Amira yang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

    Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab. Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan.

    MENARIK:  Wanita Dedah Suami Gaji RM1,200 Kahwin Diam-Diam Di Thailand, Netizen Tempelak – ‘Bini Satu Pun Tak Mampu Tanggung’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah