28.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mara gantung serta-merta petugas didakwa gangguan seksual

    Shopee Sale

    Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantung serta-merta tugas seorang pekerjanya susulan dakwaan salah laku gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya lapan pelajar di sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

    Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang terlibat.

    Beliau perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa, sebelum mengarahkan pengurusan Mara mengambil tindakan segera.

    “Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah.

    MENARIK:  Anwar umum senarai penuh calon PH malam ini

    “Saya pelik pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

    Asyraf Wajdi berkata Mara tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang kelakuan songsang dan memberi jaminan tiada kes akan disorokkan atau didiamkan atas alasan menjaga nama baik institusi.

    “Jangan takut buat laporan atas sebarang salah laku, terutamanya gangguan seksual.

    “Mara tidak sesekali akan berkompromi kelakuan songsang dan akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja pihak yang terlibat,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah