28.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Komunikasi lemah: Fahmi mohon maaf ‘dari hujung rambut’

    Shopee Sale

    Selepas dikritik pelbagai pihak atas pelaksanaan tugasnya sebagai ketua penerangan – serta menteri – Fahmi Fadzil hari ini mengemukakan permohonan maat kepada perwakilan PKR yang sedang bersidang di Melaka.

    Kata Fahmi, kelemahan itu menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada parti dan kerajaan.

    Dia yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, dia mendengar dan meneliti pandangan yang dilontarkan kepadanya.

    “Saya nak ambil kesempatan sebagai ketua penerangan untuk memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua perwakilan delegasi pimpinan atas kekurangan, kelemahan, kealpaan, ketidaksempurnaan penyampaian sama ada komunikasi ataupun penerangan.

    MENARIK:  Masalah mental tak semestinya jejaskan keupayaan individu – MIASA

    “Bagi pihak pasukan, saya mohon maaf,” katanya sambil menunduk semasa sesi penggulungan Kongres Kebangsaan PKR hari ini.

    Parti itu mula mengadakan persidangan termasuk melibatkan sayap sejak kelmarin.

    Kata Fahmi, selepas merenung apa yang berlaku, dia sedar PKR berdepan dengan masalah komunikasi dan penerangan yang sangat berbeza ketika ini.

    Sekarang, katanya pengaruh emosi jauh mengatasi realiti dan prestasi yang dicatat oleh kerajaan.

    “Emosi boleh mengalahkan prestasi,” katanya.

    Antara kesan kelemahan itu, katanya, ialah prestasi yang dicatatkan oleh parti berkenaan dalam PRN Negeri Sembilan baru-baru ini.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah