31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluarga Masih Trauma Dengan Kejadian Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Tertusuk Leher Besi Ampaian

    Shopee Sale



    Seorang kanak-kanak perempuan yang baru sahaja berusia lima tahun disahkan meninggalkan dunia selepas bahagian lehernya dipercayai tertusuk tertusuk besi ampaian ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartment terletak di Batu Caves pada Sabtu lalu.

    Polis rakam keterangan keluarga

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu hanya disedari ibunya selepas dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya yang melihat mangsa dalam keadaan berlumuran dengan darah.

    Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa siasatan dibuat pihak mereka mendapati ketika kejadian, mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.

    Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

    Mangsa dibawa ke klinik berhampiran dan kemudian dihantar ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia.

    Susulan itu, pihak polis akan merakam keterangan ahli keluarga mangsa termasuk merakam percakapan abang mangsa yang berusia 10 tahun.

    MENARIK:  [VIDEO] Zarina Anjoulie Tak Menolak Untuk Buang Implan Hidung – ‘Tidaklah Buruk Tapi Saya Rasa Ia Bukan Diri Saya’

    Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, pihaknya masih menunggu masa yang sesuai kerana keluarga mangsa masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu.

    Seluruh keluarga (mangsa) masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan kejadian yang berlaku.

    Oleh itu, pihak polis mengambil masa untuk merakam percakapan termasuk keterangan abang mangsa yang berada di dalam bilik bersama mangsa semasa kejadian.

    Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah