27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kelly Azman Terharu Nama Dicadang Wakil Malaysia Ke Eurovision Asia 2027, Bawa Semangat Aina Abdul

    Shopee Sale

    Selebriti versatil, Kelly Azman menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen selepas memuat naik muzik video cover lagu Cukup Sampai Sini nyanyian asal Nabila Razali.

    Artikel Berkaitan: ‘Asyik Kecam Je, Cuba Sesekali Terima Karya Saya’ – Kelly Azman

    Eurovision 2027

    Perkongsian tersebut turut mencetuskan perbualan apabila ada pengguna media sosial mencadangkan Kelly dipilih sebagai wakil Malaysia ke pertandingan nyanyian Eurovision Asia 2027.

    Mengulas mengenai cadangan itu, Kelly mengakui berasa terharu apabila namanya disebut-sebut, meskipun menganggap perkara berkenaan sekadar gurauan dan usikan netizen.

    Sejujurnya, saya rasa terharu apabila ada yang mencadangkan nama saya untuk mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2027. 

    Tetapi saya anggap perkara itu sebagai gurauan netizen sahaja. Apa pun, saya hargai setiap sokongan dan komen yang diberikan.

    Bagaimanapun, di sebalik sokongan yang diterima, Kelly tidak menafikan turut berdepan kritikan dan kecaman daripada segelintir netizen berhubung cover lagu tersebut.

    MENARIK:  Tiga Legenda Rock Wings, Search & XDPC Bersatu Dalam ‘Konsert 3 Veto’ Ogos Ini

    Namun, dia memilih untuk tidak mengambil hati dengan komen negatif, sebaliknya menganggap setiap perkongsian nyanyian yang dihasilkan sekadar hiburan dan peluang untuk mengembangkan minatnya dalam bidang muzik.

    Lebih bermakna, usaha Kelly itu turut mendapat perhatian penyanyi asal lagu berkenaan, Nabila Razali yang meninggalkan komen sebagai tanda sokongan di media sosial.

    Mengulas perancangan seterusnya, Kelly berharap dapat terus menghasilkan lebih banyak video cover lagu popular daripada pelbagai genre.

    Terdahulu, Aina Abdul menjadi wakil sulung ke pertandingan Eurivision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November lalu.

    Aina yang mempersembahkan lagu cipataan sepenuhnya berjudul Bluest Sky berjaya menamatkan saingan ditempat keempat.

    The post Kelly Azman Terharu Nama Dicadang Wakil Malaysia Ke Eurovision Asia 2027, Bawa Semangat Aina Abdul first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah