Pelakon, Linda Hashim mendedahkan dirinya diserang oleh seorang wanita yang mengaku kekasih gelap kepada suaminya, Beego.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Pergi Kelab Malam, Tunjuk Bukti’ – Beego
Artikel Berkaitan: Melecur Terkena Air Panas, Anak Linda Hashim Masuk Hospital – ‘Doakan Kesembuhan Untuk Anggun Cassandra’
Skandal Beego

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata, individu tersebut memintanya untuk segerakan proses perceraian supaya dia boleh memulakan kehidupan baharu bersama Beego.
Ada kekasih dia (Beego) datang cari saya dan marah-marah. Katanya jangan bagi harapan pada Beego sebab mereka mahu mulakan kehidupan baharu.
Saya kata kepadanya, teruskan rancangan mereka. Sebab selama ini saya naik turun mahkamah memang untuk selesaikan proses perceraian.
Linda berkata demikian ketika ditemui di tayangan perdana filem Hayya 3: Gaza yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil pada Jumaat.
Lebih mengejutkan, ibu tiga anak itu berkata ini bukan kali pertama dia didatangi wanita yang cuba meluahkan sesuatu berkaitan dengan suaminya.
Sudah banyak kali saya jadi tempat mereka meluah perasaan. Tapi pada masa sama, saya sendiri masih terperangkap dengan masalah rumah tangga yang belum selesai hampir setahun.
Saya pun tidak pasti sejauh mana hubungan mereka. Masa bahagia, mereka lupa kewujudan saya. Tapi bila ada masalah, baru cari saya. Mereka boleh buat apa saja, cuma tolong jangan ganggu hidup saya.
Lambatkan proses cerai

Dalam pada itu, Linda menolak dakwaan Beego yang mendakwa dia menggunakan lafaz taklik sebagai jalan mudah untuk berpisah.
Tegas Linda, tindakan tersebut dibuat atas arahan mahkamah selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mendapati terdapat pelanggaran taklik dan rundingan gagal mencapai kata sepakat.
Bukan saya yang nak lepaskan diri melalui taklik. Hakim sendiri yang mengarahkan saya memfailkannya selepas laporan JKP.
Kalau betul saya nak guna taklik dari awal, saya boleh saja failkan dan tuntut fasakh. Tapi niat saya hanyalah mahu berpisah secara baik.
Untuk makluman, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego pada awal Januari lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.
Pasangan tersebut sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April tahun sama.
Bagaimanapun, Linda mendakwa mereka kembali berpisah beberapa bulan selepas itu sebelum menjalinkan semula hubungan tidak lama kemudian.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10 dan Indah Camelia, 6.
The post ‘Kekasih Beego Cari Saya Marah-Marah, Mereka Mahu Mula Kehidupan Baru’ – Linda Hashim first appeared on OHBULAN!.





