31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ozlynn Waty Dedah Perangai Johan, Tak Mampu Tahan Godaan Makanan  – ‘Diet Konon, Benda Macam Tu Pun Goyah’

    Shopee Sale

    Pelakon, Ozlynn Waty mencuri perhatian netizen apabila berkongsi gelagat suaminya, Johan yang dilihat mudah tergoda setiap kali menikmati hidangan hasil air tangannya.

    Artikel Berkaitan: ‘Suami Bukan Balaci Isteri & Perlu Jujur Dengan Penuh Adab’ – Ozlynn Waty

    Artikel Berkaitan: ‘Pernah Orang Fitnah & Kutuk Tapi Saya Balas Dengan Positif, Sampai Sekarang Kami Jadi Kawan’ – Ozlynn Waty

    Diet konon

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail berseloroh apabila Johan mendakwa masakan mereka mempunyai tahap keenakan yang sama, malah ada kala masakannya itu lebih sedap.

    Bagaimanapun, Ozlynn mengakui sukar mempercayai kata-kata Johan yang kononnya sedang berdiet sedangkan suaminya itu seorang yang mudah tergoda setiap kali melihat hidangan yang disediakannya.

    Menyirap eh. Dia cakap apa yang saya masak ni sama level saja dengan dia masak, cuma kadang-kadang masakan dia lebih sedap.

    Berani eh! Diet konon, kalau bab makan, satu apa pun saya tak percaya cakap dia!

    Menu saya hari ini malas nak fikir! Bawal goreng garing, kemudian saya masak secara asing kobis masak lemak putih dan telur itik masak lemak cili api. Benda macam itu pun dia boleh goyah.

    Sekadar info, Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan Raja Lawak pada 25 Julai 2009.

    MENARIK:  ‘Saya Garang Kalau Datang Set Penggambaran Tak Bersedia’ – Lana Nodin

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, 23, Sodiq, 15, Haziq, 13, Chantiq, 11, Moleiq, 7 dan Cherdiq, 5.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Ozlynn Waty Dedah Perangai Johan, Tak Mampu Tahan Godaan Makanan  – ‘Diet Konon, Benda Macam Tu Pun Goyah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah