Pelakon, Puteri Balqis mendedahkan dia sering menangis ketika berada di set penggambaran drama Dua Nyawa susulan perlu membawakan karakter yang mempunyai emosi berat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disoal Bila Akan Naik Pelamin, Ini Jawapan Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Faham Keluhan Artis Veteran, Populariti Lebih Diutama Berbanding Bakat – ‘Ingatkan Diri Saya Tentang Kisah P. Ramlee’
Cukup buatkan saya menangis

Ketika ditemui , Puteri Balqis Azizi atau lebih gemar digelar Aqish berkongsi bahawa karakter yang dibawakannya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap emosi sehingga terbawa-bawa ke kehidupan sebenar.
Menurutnya, sebaik sahaja menerima skrip, dia akan membayangkan setiap babak sebelum berbincang dengan pengarah mengenai cara terbaik untuk menghayati karakter tersebut.
Banyak yang akan terbawa-bawa lagi bila kita membayangkan karakter.
Bila kita dapat skrip, kita akan membayangkan setiap set. Jadi, kita akan berbincang dengan pengarah tentang bagaimana kita hendak memainkan watak tersebut.
Aqish berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama lakonan terbaharunya, Dua Nyawa di Diamond Lounge, Pavillion Damansara Heights, baru-baru ini.
Bagaimanapun, sokongan keluarga dan pasukan produksi banyak membantunya mengawal emosi sepanjang penggambaran.
Ia memang akan terbawa-bawa, tetapi kalau kita cukup kuat dari segi mental dan mempunyai persekitaran yang baik seperti saya, keluarga dan pasukan saya sangat menjaga mental saya.
Jadi, saya cuma mengambil masa untuk diri sendiri, bertenang dan kemudian kami kembali bekerja seperti biasa.
Dalam pada itu, pelakon drama Anugerah Tanpa Cahaya itu berkata, dia tetap komited menjalankan tanggungjawab seperti biasa dan mampu menjayakan babak mencabar meskipun dalam keadaan demam.
Bagi saya, saya tetap buat apa yang perlu saya buat. Sakit, saya pergi kerja. Sedih, saya pergi kerja. Gembira, saya pergi kerja.
Waktu saya demam itu, sebenarnya tidak ada apa-apa sangat. Cuma saya perlu berlakon babak hujan dan direndam. Sebab emosi watak itu banyak melibatkan air mata dan saya rasa hujan memang dapat menyerlahkan emosi tersebut.
Sekadar info, drama arahan Riza Baharudin itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Zarif Ghazzi, Jazmy Juma, Vanidah Imran, Datuk Eizlan Yusof, Atilia Haron dan Kodi Rasheed.
Drama Dua Nyawa dijadualkan mula ditayangkan pada 13 November 2026 menerusi platform penstriman iQIYI.
The post [VIDEO] Puteri Balqis Akui Watak Air Mata Beri Kesan Emosi – ‘Saya Ambil Masa Bertenang..’ first appeared on OHBULAN!.





