Pelakon, Evertts Gomes mengakui masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana mahu memberi sepenuh fokus terhadap kerjayanya.
Artikel Berkaitan: Evertts Gomes Tak Selesa Di-‘Ship’ Dengan Pelakon Lelaki – ‘Kalau Dah Tak Tegur Mierul Aiman, Jangan Salahkan Saya’
Evertts masih single
Menerusi sesi podcast di Cerita Malam Jumaat, Evertts atau nama sebenarnya Evertts McClane Gomes, 28, mengakui belum memiliki teman istimewa dan menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 35 hingga 36 tahun.
Saya single lagi. Sebab saya ada plan sendiri. Cuma sekarang nak fokus pada karier.
Saya nak bina empayar dan stabiliti dulu. Kemudian kalau dah yakin yang saya boleh jaga diri saya dan keluarga, mungkin lepas tu insya-Allah God’s will saya akan yakin untuk nak jaga anak orang lain pula.
Berkongsi lanjut, pelakon filem Kudrat 1968: High Council ini tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin, sebaliknya lebih selesa mengenali pasangan dalam tempoh yang lama sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
Saya tak nak jadi lelaki yang buat sesuatu separuh hati. Kalau boleh, saya nak ambil masa yang lama untuk kenal seseorang. Mungkin sampai 10 tahun pun saya tak kisah.
Dalam tempoh itu, kita boleh bermula sebagai kawan, kemudian jadi kawan baik, bercinta dan akhirnya berkahwin. Saya tak kisah sebab sepanjang tempoh itu kita dah betul-betul mengenali pasangan kita.
Saya ada ADHD. Kadang-kadang saya ni lupa barang, jadi pasangan saya boleh ingatkan. Saya nak dijagalah juga.
Dalam pada itu, Evertts mengingatkan kepada para wanita yang ingin mengenalinya perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu dan neneknya terlebih dahulu.
Ramai je kawan-kawan perempuan. Tapi tak ada sorang pun saya target. Saya cuma nak berkawan je sekarang.
Buat masa ni semua wanita-wanita dekat luar sana, korang kena sebenarnya hadap mummy dulu. Sebab mummy dengan grandma conquer hati saya sekarang. Jadi kalau korang nak masuk minta kebenaran dulu.
Sumber: Cerita Malam Jumaat
The post [VIDEO] Evertts Gomes Masih ‘Single’, Target Kahwin Umur 35 Tahun – ‘Saya Nak Ambil Masa Lama Kenali Seseorang’ first appeared on OHBULAN!.





