30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebaikan Senaman Pilates Untuk Tubuh & Minda

    Shopee Sale

    Pilates merupakan senaman paling popular dalam kalangan wanita kerana ia membantu memperbaiki postur, meningkatkan fleksibiliti serta menguatkan otot tubuh dan minda.

    Artikel Berkaitan: guardian Own Your Wellbeing Ajak Korang Try Pickleball, Zumba & Banyak Lagi Aktiviti Sihat

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Berjaya Kurus, Usaha Bersenam Berbaloi – ‘Hampir Sama Macam Sebelum Ada Mulan’

    Baik untuk kekuatan tubuh

    Menurut Dr Rozmey sebagai pakar perubatan, senaman ini menggunakan gerakan dan pernafasan untuk regangan, keseimbangan, dan kekuatan tubuh.

    Bagi mendapatkan hasil yang optimum, senaman ini disarankan dilakukan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Dengan latihan konsisten, perubahan pada postur dapat dilihat selepas 10 hingga 20 sesi.

    Justeru ianya sesuai dimasukkan dalam rutin latihan sukan dan fizikal yang profesional. Senaman ini memberi manfaat kepada kesihatan dan kekuatan tubuh badan.

    MENARIK:  [VIDEO] Iqbal Zulkefli Cadang Nak ‘Buat’ Hidung – ‘Dah Mancung Tapi Bawah Tu Macam Kembang Sangat’

    Berikut merupakan kesan positif senaman pilates:

    • Memperbaiki tahap fleksibiliti tubuh
    • Menguatkan dan menegangkan otot, khususnya perut, belakang, pinggul, dan punggung
    • Menyelaraskan kekuatan otot antara bahagian kiri dan kanan badan
    • Meningkatkan kawalan otot pada bahagian belakang
    • Menyokong kestabilan tulang belakang
    • Memperbaiki postur badan agar kelihatan lebih sihat dan tegap
    • Mencegah dan memulihkan kecederaan akibat ketidakseimbangan otot
    • Meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh
    • Melegakan ketegangan pada bahu dan leher
    • Meningkatkan kapasiti paru-paru dan peredaran darah melalui teknik pernafasan yang betul
    • Memperbaiki tahap fokus dan kesedaran diri
    • Membantu mengurangkan stres dan meningkatkan ketenangan mental

    Sumber: The Rakyat Post, Dr Rozmey

    The post Kebaikan Senaman Pilates Untuk Tubuh & Minda first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah