25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Keadaan Saya Kritikal, Sakit Paru-Paru Tahap Empat’ – Jamilul Hayat

    Shopee Sale

    Penyanyi veteran, Jamilul Hayat mendedahkan dirinya kini berdepan masalah paru-paru kronik tahap empat.

    Artikel Berkaitan: Pelakon Kamal Bakar Ditidurkan Di ICU, Anak Maklum Bapa Hidap Kanser Paru Paru – ‘Puncanya Ayah Kerap Batuk’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Masalah Paru-Paru Lemah, Kalau Sakit Ambil Masa Lama Untuk Sembuh’ – Marsha Milan

    Jamilul Hayat ada masalah paru-paru kronik

    Ketika ditemui , Jamilul atau nama sebenarnya Hayat Abdillah Mohd Ali, 65, bagaimanapun tetap berusaha untuk hadir memberi sokongan kepada anaknya yang menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

    Keadaan saya kritikal sebenarnya tapi saya tetap bersemangat dan berkorban demi anak.

    Saya ada masalah paru-paru tahap empat.

    Dalam masa sama, pelantun lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan itu turut memaklumkan dia menangguhkan rawatan buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada komitmen tersebut.

    Saya tak ditahan di wad, cuma selepas ini saya akan susun semula jadual untuk ke hospital dan menjalani rawatan seterusnya.

    Memanglah nyawa itu lebih penting tapi tak apalah saya berkorban untuk dia. Saya nak pastikan urusan persembahan Hussain selesai.

    Jamilul berkata demikian ketika ditemui pada konsert minggu pertama Talk To My Manager (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.

    MENARIK:  Hafidz Roshdi ‘Mengadu’ Setahun Tak Jumpa Anak-Anak, Shuhada Kongsi Keadaan Umar & Humairah – ‘Sihat Je Dekat Australia Ni’

    Sementara itu, Hussain turut meluahkan harapan agar kesihatan bapanya sentiasa berada dalam keadaan baik.

    Saya doakan kesihatan ayah saya.

    Kalau ayah tak dapat hadir waktu latihan pun tak apa, tapi datang ketika persembahan hari Ahad pun dah cukup. Itu saja saya minta. InsyaAllah bapa saya okay.

    The post ‘Keadaan Saya Kritikal, Sakit Paru-Paru Tahap Empat’ – Jamilul Hayat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah