26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Karya Bertaraf Antarabangsa, Ini 4 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton ‘Blood Brothers’ Di Pawagam Mulai Hari Ini!

    Shopee Sale



    Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, syarikat produksi filem terkenal iaitu Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios, dengan bangganya mempersembahkan sebuah filem aksi yang begitu mendebarkan iaitu ‘Blood Brothers: Bara Naga’.

    Filem bertaraf antarabangsa

    Mendapat arahan dua pengarah berbakat besar iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ ini bakal menyajikan aura gelap dunia mafia yang jarang diterokai dalam industri perfileman tempatan buat peminat filem aksi tanah air.

    Memang rugi kalau korang lepaskan peluang menonton filem hebat bertaraf antarabangsa ini. Berikut merupakan empat sebab mengapa korang wajib tonton filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’.

    1. Koreografi Aksi Bertaraf Antarabangsa 

    Mendapatkan koreografi daripada pasukan ‘The Defenderz’ dan Abhilash Chandra, proses reka bentuk bagi aksi dalam filem ini memakan masa selama lapan bulan bagi memastikan hasil pertarungan yang unik dapat dilaksanakan dengan lancar oleh barisan pelakon utama.

    2. Ledakan Eksplosif

    Dirancang dengan sangat teliti, filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ ini menampil tujuh letupan besar yang berhasil memberikan impak dramatik yang begitu hebat.

    Bukan sahaja untuk mencipta kesan visual yang mengagumkan malah, setiap letupan yang direka berjaya meningkatkan ketegangan dan emosi dalam cerita sekaligus menjadikan setiap adegan aksi lebih mendalam dan mendebarkan.

    3. 13 Jumlah Adegan Aksi Utama

    Terdapat 13 adegan aksi utama yang sangat mendebarkan dalam filem ini dengan 15 minit terakhir dipenuhi dengan aksi tanpa henti.

    Sepanjang tempoh itu, penonton disajikan dengan ketegangan yang semakin memuncak, memastikan setiap saat penuh dengan adrenalin dan emosi yang membara yang pastinya akan meningkatkan adrenalin penonton.

    Keputusan untuk menutup filem dengan aksi yang tidak berhenti ini memberikan impak yang mendalam dan pengalaman menonton semakin mendebarkan hingga ke akhir.

    MENARIK:  Norreen Iman Pesan Jauhi Orang Toksik, Jangan Rasa Diri Lebih Bagus – ‘Nanti Dia Sedar Kenapa Orang Jauhkan Diri’

    4. Pertarungan di Atas Bumbung

    Adegan pertarungan di atas bumbung yang melibatkan Syafiq Kyle berdepan dengan tiga pengawal keselamatan memerlukan 36 kali penggambaran untuk satu sekuens.

    Dalam adegan yang penuh aksi ini, Syafiq harus berhadapan dengan tiga lawan serentak, menampilkan kepakaran dan ketangkasan beliau dalam menguasai situasi yang sukar.

    Keupayaannya untuk beraksi dengan begitu pantas dan cekap di tengah-tengah ketegangan menunjukkan dedikasi dan komitmen beliau dalam membawa wataknya dengan penuh kredibiliti.

    Filem Blood Brothers

    Filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ memaparkan perjalanan hidup Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.

    Sejak itu, Ariff mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.

    Namun, ketika sebuah pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama. Dalam keadaan terdesak untuk membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).

    Sementara itu, Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantas menyerahkannya  kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.

    Mampukah Ariff membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz? Atau adakah nasibnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri?

    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ‘Blood Brothers: Bara Naga’ di 146 pawagam terpilih bermula malam ini. 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah