25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-Kanak 7 Tahun Alami Pendarahan Di Bahagian Sulit Kerana Dibuli, Keluarga Terkejut Persekolahan Anak Pula Ditamatkan

    Shopee Sale

    Gambar sekadar hiasan

    Gara-gara bersuara selepas menjadi mangsa buli, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah swasta yang terletak di Teluk Panglima Garang, Selangor dilaporkan telah ditamatkan sekolah.

    Artikel Berkaitan: Kementerian Komunikasi Junjung Titah Agong: “Bendung Budaya Buli”

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Gesel Kemaluan’ – Jelly Belly Dedah Pernah Dibuli, Dakwa Ustaz Salahkan Personaliti Lembut

    Mangsa alami pendarahan teruk

    Gambar sekadar hiasan

    Difahamkan, insiden buli itu berlaku di dalam kelas di mana mangsa mendakwa telah ditendang berulang kali oleh rakan sekelas sehingga menyebabkan berlaku pendarahan di bahagian sulit.

    Menurut keluarga mangsa, kejadian itu telah menyebabkan mangsa dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di Shah Alam dan menjalani rawatan kecemasan bagi merawat pendarahan dalaman.

    Dalam pada itu, keluarga mangsa mendakwa bahawa mereka telah menuntut penjelasan dan keadilan daripada pihak sekolah dan keluarga pelaku namun, pihak sekolah dikatakan telah mengambil tindakan tidak sepatutnya dengan menggantung sebelum menamatkan persekolahan mangsa.

    MENARIK:  Anna Jobling Bersyukur Terus Menjadi Duta, Terlibat dalam Rekaan Koleksi Baju Raya Berinspirasikan Kucing

    Pembuli terus bersekolah?

    Gambar sekadar hiasan

    Lebih teruk, si pembuli pula didakwa masih meneruskan persekolahan di institusi yang sama sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar lain.

    Sementara itu, keluarga mangsa dikatakan dalam proses berbincang dengan peguam mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

    Keluarga mangsa juga menyeru agar pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi memastikan keadilan mangsa dapat ditegakkan, selain memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat untuk semua pelajar.

    Pihak bersama-sama The Vocket sama sekali tidak menyokong aktiviti buli dan sekeras-kerasnya menentang segala bentuk buli menerusi kempen  Jadi Buddy Bukan Buli.

    The post Kanak-Kanak 7 Tahun Alami Pendarahan Di Bahagian Sulit Kerana Dibuli, Keluarga Terkejut Persekolahan Anak Pula Ditamatkan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah