31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Tak Akan Benarkan Ibu Disaman, Bergari Seorang Diri’ – Puteri Balqis

    Shopee Sale

    Pelakon Puteri Balqis mendedahkan bahawa mereka sekeluarga kini kemungkinan berdepan dengan tindakan undang-undang.

    Artikel Berkaitan: Umie Aida, Izara Aishah Pertahan Puteri Balqis – ‘Dia Tak Pernah Kacau Orang, Dia Anak Yang Baik’

    Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Mengamuk, Dakwa Mia Sara Nasuha Hina & Ganggu Mental Ibu

    Bersedia dengan sebarang kemungkinan

    Menerusi hantaran di Instagram Story, memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima pesanan melalui WhatsApp yang menyatakan mereka mungkin akan disaman. 

    Melalui whatsapp yg kami terima, kami mungkin bakal disaman kerana kami tak cukup bukti.

    Hal ini dipercayai berpunca daripada dakwaan bahawa pihak Puteri Balqis tidak mempunyai bukti yang cukup bagi kenyataan-kenyataannya yang mengaitkan pelakon Mia Sara Nasuha.

    Puteri Balqis menegaskan bahawa dia dan keluarga bersedia berdepan dengan apa juga tindakan.

    Kami berempat bersedia. Kami bersedia utk disaman, dipenjara atau apa saja kemungkinan yang bakal berlaku.

    Untuk kali ini, tidak akan ada seorang pun dari keluarga kami yang akan membenarkan ibu disaman seorang diri, atau bergari seorang diri. 

    Kami berempat akan sama-sama tempuh.

    Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.

    MENARIK:  ‘Tak Dapat Apa Pun Kalau Buka Aib Orang’ – Ira Kazar

    Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.

    Sumber: Instagram Puteri Balqis

    The post ‘Kami Tak Akan Benarkan Ibu Disaman, Bergari Seorang Diri’ – Puteri Balqis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah