28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Pun Penat Dengan Permintaan Semasa’ – Ungku Ismail Tunggu Naskah ‘Berkhasiat’

    Shopee Sale

    Pelakon Ungku Ismail meluahkan rasa rindunya terhadap naskhah berkualiti selepas tular sebuah klip drama Syurgamu Ramadhan yang kembali menjadi perbualan di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Tiada Istilah Anak Tiri Sebab Saya Sayang Semua Seperti Anak Sendiri’ – Ungku Ismai

    Artikel Berkaitan: ‘Hidup Banyak Berubah Selepas Kahwin & Semakin Tenang Berbanding Dulu’ – Nad Zainal

    Drama berkualiti

    Menerusi hantaran di Threads, seorang individu memuat naik sepotong klip daripada drama popular TV3 itu dan menyatakan hasrat agar ia dapat ditayangkan semula sempena bulan Ramadan ini.

    Best tayangan drama-drama macam ini untuk bulan puasa. Ulang tayang waktu sahur atau nak tunggu waktu berbuka, ada juga cerita yang boleh layan.

    Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian Ungku Ismail, yang menyatakan bahawa dia juga menginginkan tawaran lakonan daripada karya seperti itu.

    MENARIK:  ‘Cukai Jalan & Insurans Kereta Lamborghini Berjumlah RM100,000 Setahun’ – Iqbal Zulkefli

    Bagaimanapun, sebagai pelakon, Ungku Ismail terpaksa akur dengan kehendak dan trend drama ketika ini.

    Jujur aku cakap, dah lama tak dapat naskah yang ‘berkhasiat’ macam ini.

    Kami pun penat dengan permintaan semasa, tapi apakan daya.

    Lagi satu, penulis tengah ‘in’ pun tak banyak yang boleh menulis seperti karya ini.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merindui karya sarat dengan emosi dan pengajaran, yang dilihat sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat.

    Selain itu, mereka juga tidak pernah melupakan impak lakonan hebat yang ditonjolkan oleh Ungku Ismail menerusi beberapa babak dalam drama berkenaan.

    Sumber: Threads Ungku Ismail

    The post ‘Kami Pun Penat Dengan Permintaan Semasa’ – Ungku Ismail Tunggu Naskah ‘Berkhasiat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah