Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi coretan penuh emosi buat anak tirinya, Talita selepas tamatnya program Talk To My Manager, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Lupakan Hasrat Sambut ‘Birthday’ Di Sunway Lagoon Demi Mummy Watie – ‘Anak Yang Memahami Situasi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Tersentuh, Talita Hanya Mahu Luang Masa Bersama Ketika ‘Birthday’ – ‘Kalau Barang Mahal Dia Selalu Cakap Tak Payah’
‘Di saat kita redha…’

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata mereka telah meletakkan sepenuh keredhaan kepada Allah SWT terhadap keputusan dan kemenangan yang ditentukan.
Bagaimanapun, Watie berkata perancangan Allah itu ternyata lebih indah apabila gadis berusia 12 tahun itu berjaya meraih gelaran naib juara dalam program tersebut.
Buat pertama kalinya air mata awak yang jatuh itu adalah air mata kegembiraan.
Di saat awak belajar ikhlaskan semuanya, lapangkan dada untuk semuanya, bersabar dengan semuanya dan serahkan kepada Allah, Allah mengetahui dan menilai.
Akhirnya, inilah hikmah bagi segala-gala yang awak pernah rasa dan lalui dalam program itu.
Dalam pada itu, Watie turut berkongsi Talita berdepan cabaran besar secara fizikal dan emosi sepanjang program.
Pun begitu, gadis itu tidak pernah berhenti mencuba sehingga Allah menghadirkan kemenangan tepat pada waktunya.
Terima kasih jadi anak yang baik, penyabar, tetap menghormati mendengar bebelan, tetap setia dengan Mummy (panggilan Watie) dan tetap ucapkan ‘I Love You’ di saat Mummy membebel panjang.
Mummy Rasa bertuah ada anak seperti awak.
Sekadar info, selepas lapan minggu pertandingan, Talita meraih tempat kedua sekalih gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000.
Terdahulu, Shuib dan Talita menerima kecaman daripada netizen yang mengatakan mereka adalah anak emas bagi program tersebut.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘Rasa Bertuah Ada Anak Seperti Awak’ – Watie Kongsi Coretan Penuh Emosi Buat Talita first appeared on OHBULAN!.





