25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Farid Ada Masalah Sepatutnya Bagitahu Saya, Mungkin Saya Boleh Beli Rumah Itu’ – David Teo

    Shopee Sale



    Penerbit filem terkenal, David Teo mengakui dirinya agak terkejut dan berasa terkilan mendengar dakwaan mengatakan rumah milik pelakon, Farid Kamil bakal dilelong.

    David sanggup beli rumah Farid

    Memetik laporan Berita Harian, David yang sebelum ini menghadiahkan kediaman tersebut kepada Farid memaklumkan baru sahaja mengetahui mengenai berita lelongan itu selepas dihubungi media.

    Ujar David, dia membayar wang pendahuluan buat kira-kira 30 pekerja sebagai hadiah susulan kutipan filem Metrowealth International Group (MIG) yang memberangsangkan pada ketika itu.

    Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya.

    Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.

    Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini.

    Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong.

    Tak pernah cakap soal peribadi

    Bercakap mengenai dakwaan masalah kewangan yang dihadapi Farid, David atau nama lengkapnya Teo Chew Huat memaklumkan dia tidak pernah berhubung dengan pelakon itu selain daripada hal kerja.

    Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan.

    Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa.

    Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya.

    Terdahulu, tularnya satu notis di media sosial memaparkan sebuah rumah teres yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor telah diletakkan dalam senarai lelongan awam pada 22 Januari ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah